Altimet – Biodata Raper Kini YB ADUN Lembah Jaya

Kenali biodata Altimet atau nama sebenarnya Syed Abdul Rahman Alhadad yang bermula kisah hidupnya sebagai seorang raper yang kini bergelar YB ADUN Lembah Jaya.

Syed Abdul Rahman Alhadad yang lebih dikenali dengan nama Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau juga dilihat sebagai seorang penyanyi hip hop Malaysia yang telah berjaya mengangkat irama dan tradisi Melayu dalam nyanyian dan persembahan beliau.

Antara pencapaian terbaik beliau dalam indsutri seni dan muzik, ialah pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 di mana beliau telah dinobatkan sebagai pemenang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu “Amboi” .

Pada hari jadi beliau ke-40, Altimet telah mengumumkan persaraan beliau sebagai seorang penyanyi. Syed Abdul Rahman Alhadad mulai terlibat dalam dunia politik pada 2021 dengan menyertai parti PKR

Biodata Altimet

biodata altimet
  • Nama sebenar : Syed Abdul Rahman Alhadad
  • Gelaran : Altimet
  • Ayah altimet : Syed Abdul Rahman Syed Ali Alhadad
  • Ibu : Jamalah Agil Alsagoff.
  • Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Tarikh lahir: 27 November 1978
  • Umur: 45 (sehingga Ogos 2023)
  • Status perkhawinan : Berkahwin
  • Pendidikan : Pendidikan Menegah SML Bukit Bintang,PJ (1991 -1993),Pengajian Tinggi Maktab Rendah Sains MARA, Muar (1994 -1995) ,Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia
  • Kerjaya :
    • Pengurus Besar altimet Holdings Sdn Bhd
    • Pengarah Kreatif SVL TAN Management
    • Pegawai Pemasaran ReciteLab Sdn Bhd
    • Ahli Lembaga Eksekutif Kartel Records Sdn Bhd
    • Ahli Lembaga Pengarah RPM, Badan Perlesenan & Kutipan Royalti Industri Muzik
    • Usahawan dalam bidang industri kreatif, tknologi, makanan & minuman dan harta intelek
  • Ig : https://www.instagram.com/sa.b.ar_n20/
  • Facebook : https://www.facebook.com/altimetonline

Kehidupan Peribadi Altimet

yb Syed Abdul Rahman Alhadad

Latar belakang kehidupan Altimet atau Syed Abdul Rahman Alhadad merupakan seorang artis hiphop yang hidup dalam keadaan humble dan sederhana.

Beliau merupakan seorang yang taat kepada ibu bapa. Mala beliau juga bersederhana dalam kehidupan beliau.

Tidak seperti kebanyaakan artis, beliau jarang mendedahkan aktiviti peribadi beliau bersama keluarga. Sehinggakan ramai yang tidak tahu status beliau yang telah berkahwin selama 15 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Perkara ini hanya di ketahui umum, selepas beliau membuat pendedahan dalam konsert terakhir beliau sebelum bersara sebagai seorang penyaynyi.

Dalam satu hantar beliau juga dapat dilihat altimet merupakan seorang yang pandai menyimpan dan menguruskan duit

altimet

“Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu. Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri”

Aku ni bukan la kaya, tapi kalau aku cakap aku tak cukup makan, aku penipu la.

Tiap tiap hari aku keluar rumah aku doa dapat rezeki cara halal, utk aku & masa depan famili aku.

Kerja aku ni takde gaji tetap, takde kwsp, tak boleh claim kat majikan kalau pergi klinik ke apa ke.

Jadi aku kena la pandai2 uruskan duit aku.

Takde orang nak jaga aku selain aku, kan?

Jadi kat sini aku nak mintak maaf lah, lagu aku tak laku macam artis lain, takde la sampi 2 juta jualan dia. 1 juta ada, 2 juta blom cecah lagi.

Maafkan aku kalau aku tak beli benda2 mewah pastu tayang kat media sosial. Kalau aku buat macam tu mungkin orang kata aku dah masyuk..

Maafkan aku sebab aku guna duit lebih aku utk simpanan hari tua melalui amanah saham.

Maafkan aku sebab aku guna duit pendapatan aku utk bayar hutang aku dgn lebih cepat.

Aku tau ramai orang kita tak nak lihat artis2 kita berperangai macam aku, sebab perangai aku ni membosankan. Diorang nak tengok artis gi melancong, beli kereta lawa2, beg2 mewah. Baru best. Betul kan?

Aku Luncai dlm industri ni, biarkan aku terjum dgn labu labu aku.

Selamat menyambut Hari Isnin semua.

Aku Lelaki Lemah, Aku Hamba.

Pencapaian Dalam Industri Muzik

Memulakan kerjaya dalam industri muzik dengan mengangotai Teh Tarik Crew pada tahun 1999 dan berjaya merakamkan tiga album bersama TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How’s The Level? (2002) dan What’s Next? (2004).

Kemudianya beliau bergerak secara solo, selepas kumpulan mereka dibubarkan pada 2007.

Sepanjang beliau dalam industri muzik hiphop, beliau juga banyak berkolabrasi bersama artis-artis luar dan dalam negara seperti Sasi The Don, Awi Rafael dan ramai lagi.

Antara pencapaian terbaik beliau dalam industri muzik ialah nama beliau ;

  • Finalis Anugerah Juara Lagu AJL26 -Lagu Kalau Berpacaran berganding dengan Ana Raffali dan Suhaimi Mior Hassan
  • Kalau Aku Kaya bersama Awi Rafael (AJL 28)
  • Finalis (AJL 30) -Penulis lirik Not For Sale nyanyian oleh Stacy
  • Amboi , AJL 32 – Persembahan Terbaik
  • Finalis Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) -Lagu Bunga

Kerjaya Dalam Bidang Lain

Selain terlibat secara langsung dalam bidang nyanyian dan industri muzik, altimet juga merupakan seorang usahawan. Beliau mempunyai perniagaan pakaian berkonsep Islam untuk orang lelaki dan kanak-kanak di bawah label “Benua Clothing” yang diusahakan bersama rakan kongsi dan kawan rapatnya, Mohd Nizar Manaf

Kerjaya Dalam Bidang Politik Syed Abdul Rahman Alhadad

yb altimet

Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet) mula-mula menyertai dunia politk bermula pada April 2022. Penyertaan beliau dalam bidang politik adalah atas dasar kepercayaan dan sokongan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau secara rasmi telah mengangotai Parti Keadilan Rakyat (PRK) pada April 2022.

Beliau seterusnya telah dilantik sebgai penyelaras DUN Lembah Jaya dan Ketua Cabang PKR Kawasan Ampang. Pada PRN 2023, beliau telah bertanding sebagai calon pakatan harapan bagi DUN Lembah Jaya dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi 6,678 menewaskan sainganya Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang mewakili Perikatan Nasional

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!