Biodata Nadhir Nasar : Pelakon Projek High Council

Nadhir Nasar yang terkenal sebagai watak Naim dalam drama Projek High Council semakin popular dan menjadi topik perbualan warganet saban hari.

Meskipun masih baru dalam industri, namun ramai yang memuji bakat serta karisma pemuda ini dalam drama bersiri Astro Originals itu.

Disebabkan penangan drama itu jugalah jumlah pengikut beliau di laman Instagram mencecah lebih daripada 400,000 berbanding hanya lebih kurang 5,000 pengikut sebelum ini!

Nama beliau juga kini menjadi bualan warganet apabila terpilih sebagai duta bagi jenama Baju Melayu terkenal, Bulan Bintang.

Antara pelakon terkenal lain yang turut dipilih untuk memperagakan jenama ini adalah Mierul Aiman, Daiyan Trisha, Beto Kusyairy dan Syukri Yahya.

Pasti ramai yang ingin kenali siapa sebenarnya Nadhir Nasar dan bagaimana beliau boleh menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Tanpa melengahkan masa, jom kita semak serba sedikit latar belakang serta biodata Nadhir Nasar.

Biodata Nadhir Nasar

Baca Juga : Projek : High Council (Sinopsis, Senarai Pelakon, Review)

Biodata Nadhir Nasar, Pelakon Projek : High Council

Nama Penuh : Ahmad Nadhir bin Ahmad Nasar

Nama Komersial : Nadhir Nasar

Tarikh Lahir : 17 Disember 1996

Umur : 27 (2023)

Tempat Lahir : California Selatan, Amerika Syarikat

Asal : Petaling Jaya, Selangor

Kelulusan : Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Instagram : @nadhirnasar_

Biodata Nadhir Nasar

Perjalanan Karier Nadhir Nasar

Sebelum menyertai Hero Remaja pada tahun 2020, beliau berpengalaman terlebih dahulu sebagai model.

Pada tahun 2019, beliau juga sempat membuat penampilan sebagai cameo dalam drama Cerita Hantu Asrama.

Sejak dinobatkan sebagai juara Hero Remaja pada tahun tersebut, peluang lakonan datang mencurah-curah kepada jejaka yang berasal daripada Petaling Jaya ini.

Antara pelakon lain yang juga merupakan lepasan Hero Remaja 2020 seperti Nadhir adalah Aniq Suhair, Merqeen, Imran Aqil, Hariz Hamdan, Haziq Nazimuddin, Jabir Meftah dan Azim Yusof.

Biodata Nadhir Nasar

Sebelum nama beliau melonjak dek kerana populariti drama Projek High Council, Nadhir juga pernah membintangi beberapa drama seperti Projek : Anchor SPM, i-Tanggang, Nusyuz Berkiblat Cinta, Ash & Aish, Tercipta Satu Ikatan dan telefilem Kebal Janji Syaitan dan Abah.

Beliau cukup menggemari lakonan Beto Kusyairy dan Bront Palarae sebagai menjadikan dua aktor tersebut sebagai inspirasi dalam bidang lakonan.

Selain berlakon, Nadhir juga sangat meminati bidang pengarah filem. Pada tahun 2022, beliau melakukan percubaan pertama sebagai pengarah dalam filem pendek bertajuk Villa Rosli.

Filem ini berjaya dicalonkan sebagai antara 10 karya terbaik dalam acara BMW Shorties 2022.

Melihatkan gaya lakonannya yang mantap, ramai yang menantikan kemunculan Nadhir Nasar di kaca televisyen lagi. Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai pelakon muda berbakat besar ini, jangan lupa ikuti laman Instagram beliau.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!