Biodata Isaac Voo – Peserta Big Stage Musim 5

Biodata Isaac Voo atau nama sebenarnya Isaac Voo Kai Meng yang merupakan peserta big stage musim 5. Merupakan penyanyi lelaki berasal dari Kota Kinabalu Sabah, Malaysia yang popular dengan solo single beliau TIME BOMB

Ramai yang menyangka Isaac Voo merupakan artis yang berasal daripada Korea selepas melihat raut wajah dan penampilanya.

Beliau merupakan ahli kumpulan K-Pop Korea Selatan, IN2IT, dan telah diiktiraf sebagai penyanyi K-Pop solo pertama di Malaysia. Beliau membuat penampilan solo pertamanya menerusi single pertamanya, “Time Bomb” pada 5 Ogos 2022″

Biodata Isaac Voo

isaac voo big stage

Berikut ringkasan biodata profile Isaac Voo

  • Nama sebenar : Isaac Voo Kai Meng
  • Tarikh Lahir : 12 Disember 1994
  • Umur : 28
  • Bangsa : Cina
  • Status perkhawinan : Bujang
  • Tempat Lahir :  Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Genre :  K-Pop
  • Pekerjaan : Penyanyi
  • Tahun aktif : 2016–kini

Syarikat rakaman

  • MMO Entertainment
  • Prodigee Asia Talent

Kumpulan

  • IN2IT,
  • BOYS24

Laman Sosial

Latar Belakang Isaac Voo

biodata isaac voo

Selapas mengetahui biodata isaac voo, ini pula kami kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang perjalanan Isaac berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai penyanyi dan artis K-Pop. Merupakan anak bongsu dalam adik-beradiknya. Voo mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa di daerah Likas dan Sekolah Menengah Lok Yuk.

Voo menunjukkan minatnya dalam bidang hiburan pada usia 17 tahun dengan menyertai persembahan untuk hari guru sekolah itu. Dia mula menyertai pertandingan bakat yang akhirnya membawa kepada siri televisyen Korea Selatan, BOYS24. Program yang bermula pada 2016 dengan 27 peserta itu memerlukan semua peserta lelaki menunjukkan bakat mereka melalui beberapa siri persembahan tarian kembara.

Voo berjaya menjadi salah seorang peserta terbaik dalam rancangan itu dan dipilih keenam daripada 27 peserta yang dipilih untuk menyertai proses latihan untuk menjadi artis K-Pop teratas di Korea Selatan.

Selepas berjaya dipilih sebagai pemenang BOYS24, Voo mengumumkan pada Ogos 2017 bahawa dia telah berjaya menduduki tempat di kalangan peserta kumpulan Re-born.

Pada tahun 2022 Voo telah mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya muzik solo, memandangkan rakan-rakannya ahli kumpulan In2It yang lain dikehendaki

Fakta Menarik

  • Merupakan satu-satunya artis K-Pop berasal dari Malaysia
  • Lebih pouplar di Korea berbanding di Malaysia
  • Merupakan ahli kumpulan IN2IT dan BOYS24
  • Pada 5 Ogos 2022, Voo melancarkan single solo pertamanya, “Time Bomb”
  • Tersenarai sebagai peserta Big Stage 2023 Musim 5
  • Tahukah anda kebanyakan artis K-Pop melalukan pembedahan plastik untuk mendapatkan rupa paras yang menarik, tetapi tidak untuk Vo
  • Seperti kebanyakan pencinta industri K-Pop, Isaac juga sangat meminati kumpulan BTS.

Begitulah serba sedikit yang dapat kami kongsikan biodata perihal Isaac Voo peserta Big Stage Musim 5

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!