Biodata Ubai MZ, Influencer Suami Shila Amzah

Sejak media melaporkan status hubungan Shila Amzah di media sosial, ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka bernama Ubai yang berjaya menambat hati penyanyi terkenal itu?

Walaupun mereka telah mengumumkan hubungan kepada media, namun tidak ramai yang kenali siapa Ubai sebenarnya.

Oleh itu, jom kita semak biodata Ubai MZ dan sedikit sebanyak latar belakang pengacara ini.

Biodata Ubai MZ, Suami Shila Amzah

Nama Penuh : Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli

Nama komersial : Ubai, Ubai MZ

Tarikh Lahir : 10 Januari 1998

Umur : 25 tahun (2023)

Ibu bapa : Mohd Zulkefli Yusoff (bapa) dan Rohani Jamal (ibu)

Pendidikan : Politeknik Merlimau Melaka

Kerjaya : Pengacara, personaliti TikTok, pempengaruh (influencer) media sosial

Isteri : Shila Amzah

Instagram : @ubaimz

Ubai MZ

Latar Belakang Ubai MZ

Sejak di bangku sekolah, Ubai adalah seorang yang aktif dalam acara larian.

Ubai menempa nama dalam industri hiburan menerusi program Astro iaitu Borak Dulu Baru Kamu, sebuah rancangan bual bicara santai bersama selebriti popular tanah air.

Sebelum namanya menjadi sebutan warganet, Ubai sebelum ini pernah terlibat dalam pembikinan content bersama ML Studios iaitu platform media sosial berunsur infotainment yang diasaskan oleh Mat Luthfi.

Ubai MZ

Berbekalkan pengalaman yang ada, beliau kini aktif menghasilkan content di media sosial menerusi platform Ngaroot yang bertemakan bola sepak dan Tiga Tambah Satu iaitu vlog dan podcast yang turut disertai oleh Shila Amzah serta dua lagi rakan mereka.

Ubai telah mengenali Shila sejak tahun 2011 namun hubungan mereka menjadi lebih akrab sekitar tahun 2014.

Hubungan Ubai dengan Shila Amzah dikatakan mula diketahui umum setelah Shila membocorkan status mereka dalam sebuah siaran langsung di TikTok. Dalam siaran tersebut, Shila juga dkatakan telah merujuk Ubai dengan gelaran ‘Sayang’ beberapa kali.

Menurut Shila, bibit percintaan mereka bermula dengan sebuah skuter yang akhirnya telah memikat hatinya pada Ubai.

Namun, penyanyi popular tersebut tidak pernah menceritakan dengan lebih lanjut mengenai insiden tersebut.

Ubai MZ

Sebelumnya, para peminat turut mengesan hubungan mereka apabila mereka didapati menghadiri konsert Mahalini dan Melly Goeslaw bersama-sama.

Ubai dan Shila Amzah telah melangsungkan pernikahan pada 5 Ogos 2023 dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga, saudara terdekat dan sahabat rapat. Sebelum itu, pasangan ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 27 Mei 2023.

Sama-sama kita doakan kebahagiaan Ubai dan Shila Amzah. Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Ubai MZ, anda boleh ikuti laman Instagram @ubaimz.

Baca Juga : Biodata Mierul Aiman, Pelakon High Council, Hero Remaja 2021

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!