Menteri Besar Terengganu – Biodata & Exco Terkini 2023

Biodata Menteri Besar Terengganu Ke-15 Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar & Senarai Barisan Exco Terkini 2023 Kerajaan Negeri Terengganu

PRN 2023, pada 14 Ogos lalu bagi memilih parti yang bakal mengalas sebagai kerajan negeri bagi 6 negeri termasuk Terengganu telah pun selesai . Hasil undian, menyaksikan PN sapuh bersih 32 kerusi dun yang dipertandingkan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar sekali lagi di lantik menjadi Menteri Besar Terengganu 2023 untuk 5 tahun selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan telah melantik 10 barisan exco Terengganu 2023 yang telah di adakan dalam satu majlis Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Syarqiyyah pada 15 Ogos 2023 (Selasa)

Biodata Menteri Besar Terengganu

menteri besar terengganu terkini

Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan Menteri Besar Terengganu Ke 15 (terkini). Beliau telah menjadi Ketua Menteri sejak Mei 2018 sehingga terkini, dan pada tahun 2023 sekali lagi dilantik memegang jawatan itu selepas Perikatan Nasional berjaya memenangi majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri Terengganu 2023 baru-baru ini.

Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan juga ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) Terengganu untuk Ru Rendang.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Samsuri pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu (TDC).

Berikut adalah biodata Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu :

Nama: Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Tarikh lahir: 15 November 1970

Umur : 52 Tahun

Tempat lahir: Jerteh, Terengganu, Malaysia

Isteri : Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman

Anak :

  • Amirah Ahmad Samsuri(28)
  • Fahmi Ahmad Samsuri(25),
  • Wardah Ahmad Samsuri (22)
  • Jasmeen Ahmad Samsuri (18)

Pendidikan:

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa) dari University of Leeds, United Kingdom
  • Sarjana Sains (Aeroangkasa) dari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • PhD dalam Kejuruteraan Aeroangkasa dari Universiti Leeds

Pekerjaan:

  • Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu (TDC)
  • Menteri Besar Terengganu (Mei 2018 sehingga sekarang)

Parti politik: Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Jawatan lain yang dipegang:

  • Naib Presiden PAS (sejak Jun 2019)
  • Pengerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (sejak Mei 2018)
  • Pengerusi Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (sejak Mei 2018)

Anugerah dan pinggat yang diterima :

  • Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Zainal Abidin (S.S.M.Z) – 22 Julai 2019

Senarai Exco Kerajaan Negeri Terengganu Terkini

Setelah mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Daripada 10 senarai 10 EXCO kerajaan negeri Terengganu, Datuk Razali Idris menjadi calon tunggal mewakili BERSATU dalam barisan tertinggi kerajaan negeri Terengganu yang baru dilantik.

Berikut senarai ahli majlis mesyuarat dan exco kerajaan negeri terengganu terkini ;

  • Datuk Razali Idris (Kijal)
  • Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk),
  • Maliaman Kassim (Ajil) dan
  • Hishamuddin Abdul Karim (Tepoh).
  • Datuk Satiful Bahari Mamat (Paka)
  • Dr Azman Ibrahim (Jabi);
  • Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam);
  • Ariffin Deraman (Alor Limbat)
  •  Hanafiah Mat (Chukai)
  • Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (Kota Putera)

Manakala senarai tugas dan Portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu akan diumumkan pada Rabu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai protfolio Menteri Besar Terengganu dan Exco terkini 2023, anda boleh layari website kerajaan negeri di https://www.terengganu.gov.my/

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!