Biodata Menteri Besar Kelantan & Senarai Exco Terkini 2023

Biodata Menteri Besar Kelantan & Senarai Exco Terkini 2023

Pilihan raya negeri (PRN) Kelantan yang diadakan pada 12 Ogos lalu menyaksikan kemenangan besar bagi PAS-Perikatan Nasional. Parti yang memenangi 43 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan ini juga berjaya mempertahankan kepimpinan bagi kerajaan negeri.

Pada 15 Ogos 2023, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti iaitu Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar ke-19 Kelantan.

menteri besar kelantan

Dato’ Mohd Nasarruddin yang sebelum ini memegang jawatan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau telah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob.

Sebelum ini, Dato’ Nassuruddin ialah penyandang jawatan ADUN Meranti sejak 1995 telah berjaya mempertahankan kerusi di DUN Meranti dengan majoriti undi 9,154 menewaskan calon Barisan Nasional, Zahri Omar dalam PRN15, pada 12 Ogos.

Turut mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V ialah ADUN Temangan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang dipilih sebagai Timbalan Menteri Besar.

Biodata Menteri Besar Kelantan

menteri besar kelantan

Berikut dikongsikan serba sedikit biodata serta latar belakang Dato’ Nassuruddin.

Nama : DATO HJ MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUD

Isteri : Datin Wan Nor Hanita bt Wan Yaacob
Anak : 7 orang
Asal : Pasir Mas
Umur : 58 tahun

PENDIDIKAN

  • Sek. Keb. Meranti
  • Sek. Men. Arab Pasir Mas
  • Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu
  • Universiti Al-Azhar, Mesir

PENGALAMAN KERJAYA

  • Guru Yayasan Islam Kelantan
  • Timbalan Speaker DUN Kelantan (2005-2008)
  • ADUN Meranti (1995-2018)
  • Exco Kerajaan Negeri Kelantan (2013-Kini)

PENGLIBATAN PARTI & KEMASYARAKATAN

  • Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang
  • Timbalan YDP PAS Pasir Mas (hingga sekarang)
  • AJK PAS Pusat (hingga sekarang)
  • Ketua Penerangan PAS Negeri Kelantan

Exco Terkini 2023 Negeri Kelantan

Selepas majlis mengangkat sumpah Dato’ Mohd Nasurruddin dan Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassanselesai, sembilan ADUN lain yang dipilih sebagai exco baru pula mengambil giliran di hadapan Sultan Muhammad V.

Berikut merupakan senarai Exco baharu bagi penggal ke-15 negeri Kelantan :

ExcoADUN
Md Anizam Ab RahmanKemahang
Dr Izani HusinKijang
Tuan Saripuddin Tuan IsmailSelising
Wan Roslan Wan HamadPengkalan Kubor
Rohani IbrahimTanjong Mas
Mohd Asri Mat DaudDemit
Zamakhshari MohamadApam Putra
Hilmi AbdullahGuchil
Kamaruddin Md NoorAyer Lanas

Pembentukan kerajaan negeri bagi kali ini menyaksikan lima muka baharu diperkenalkan iaitu Rohani, Mohd Asri, Zamakhshari, Hilmi dan Kamaruddin.

Layari laman rasmi kerajaan negeri Kelantan dan laman Facebook Dato’ Nassuruddin untuk ketahui perkembangan terkini.

Baca Juga : Sanusi Md Nor – Biodata MB Kedah, Pencapaian & Sumbangan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!