Pinjaman KWSP Bercagar – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Syarat dan cara permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2) dikini telah dimaklumkan secara rasmi oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Permohonan fasa 1 fasiliti sokongan akaun 2 kwsp ini akan dibuka mulai 7 April 2023.

Selepas banyak permintaan daripada rakyat yang masih terkesan dengan impak daripada musibah covid-19 yang melanda seluruh dunia, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim telah memtuskan tiada lagi pengeluaran KWSP bersasar, dan setelah diusulkan di parlimen, maka satu keputusan telah dibuat bagi membantu rakyat yang masih terkesan ialah dengan memperkenalkan kaedah pinjaman bank dengan mencagarkan  simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Apa Itu Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)

fasiliti sokongan pengeluaran akaun 2 kwsp fsa2

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan satu mekanisme kaedah insiatif perkhidmatan kewangan bagi tujuan membantu pencarum KWSP menerima bantuan kewangan dengan cara pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Baki simpanan Akaun 2 KWSP akan menjadi sandaran asas bagi pembiayaan ini melalui permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun

Permohonan awal ini akan membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun, tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Syarat- Syarat Kelayakan FSA2

syarat kelayakan fasiliti sokongan pengeluaran akaun 2 kwsp

Syarat permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membolehkan ahli membuat pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan adalah seperti berikut ;

  • i) Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • ii) Warganegara Malaysia
  • iii) Permohonan adalah sekali sahaja
  • iv) Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
  • v) Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
  • vi) Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
  • vii) Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
  • viii) Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
  • ix) Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon

Nota: Ahli hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Baca juga : Pengeluaran KWSP 2023 Dibenarkan Kerajaan selain daripada Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk fasa 1 bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 40 tahun dan ke atas boleh membuat permohonan bagi Fasiliti Sokongan Akaun (FSA2) bermula 7 April 2023.

Manakala untuk fasa 2 bagi ahli yang berusia 40 tahun ke bawah akan di maklumkan kelak. Untuk makluman juga tempoh permohonan FSA2 ini hanya dibuka untuk tempoh satu (1) tahun dan permohonan adalah sekali sahaja bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya kepada wang simpanan KWSP untuk membayar dan menyelesaikan hutang dan ini akan menjejaskan simpanan ahli

Cara Mohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)

Permohonan boleh dibuat secara online melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Cara-cara permohonan adalah seperti berikut ;

  1. Buat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP terlebih dahulu melalui portal KWSP atau portal perbankan yang mengambil bahagian;
  2. Permohonan pembiayaan peribadi boleh dibuat melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan;
  3. Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Untuk memudahkan urusan permohonan ahli, anda dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi

Institut Perbankan

Buat permulaan, setakat 30 Mac 2023, institusi perbankan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia) yang mengambil bahagian untuk ahli yang ingin membuat permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2) adalah seperti berikut:

Pengiraan Amaun kelayakan awal Berdasarkan KWSP Akaun 2

Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.

Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

   
   
   
Ahmad   
   
Rita   
   
Sara   
   
Baki simpanan Akaun 2   
   
RM70,000   
   
RM3,000   
   
RM7,500   
   
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum   diluluskan   
   
RM10,000   
   
Tiada   
   
RM5,500   
   
Amaun kelayakan awal   
   
RM50,000
   
Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000   
   
RM3,000   
   
RM0
   
Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun   RM3,000   

Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang mengambil bahagian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk, ahli boleh berhubung terus dengan institusi perbankan yang berkenaan. Ahli perlu memahami syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh institusi perbankan dan memahami implikasi menyertai pembiayaan peribadi tersebut.

KWSP tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa implikasi kewangan dan tindakan yang diambil oleh institusi perbankan ke atas ahli, termasuklah di senarai hitam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) berikutan kegagalan ahli membayar ansuran pembiayaan peribadi tersebut.

Semakan Status Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP

Ahli akan menerima notis makluman seperti berikut:

  • i) Status permohonan pembiayaan peribadi daripada pihak institusi perbankan melalui SMS; dan
  • ii) Status permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun daripada KWSP melalui Secured Inbox i-Akaun (Ahli).

Pembatalan Permohonan FSA2 KWSP

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun setelah diluluskan oleh KWSP.

Permohonan hanya terbatal dalam keadaan seperti berikut:

  • i) Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur pilihan pengeluaran yang dinyatakan dalam permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun; atau
  • ii) Ahli telah menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan. Ahli/pihak institusi perbankan perlu memaklumkan KWSP mengenai penyelesaian pembiayaan peribadi tersebut

Kesan Permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2)

Setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:

  • i) Amaun tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga 55 tahun (seperti yang dipilih oleh ahli); dan
  • ii) Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2), anda boleh hubungi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui ;

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Soalan Lazim F.A.Q

Bila tarikh permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP (FSA2) dibuka?

7 April 2023

Siapa yang layak memohon?

i) Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
ii) Warganegara Malaysia
iii) Permohonan adalah sekali sahaja
iv) Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
v) Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
vi) Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
vii) Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
viii) Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
ix) Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!