MyKid JPN : Semakan, Permohonan & Dokumen Yang Diperlukan

MyKid JPN Cara Memohon &  Dokumen Diperlukan ~ Untuk makluman ibu bapa yang mempunyai anak berumur di bawah 12 tahun dan belum mempunyai MyKid, kini anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan MYKID tersebut.

Permohonan boleh dibuat secara walk-in terus tanpa perlu membuat temu janji.

Pengeluaran MyKid Ditangguh Selama 6 Bulan

Pada 14 Januari 2023, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memaklumkan bahawa pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan akibat masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata bagaimanapun, proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menunggu untuk tempoh masa lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

“Ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan negara ini,” ujar beliau dalam satu sidang media.

Justeru itu, beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu satu-satunya dokumen diiktiraf bagi urusan penting seperti permohonan sekolah dan sebagainya.

MyKid JPN

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan
MyKid JPN 2022

Kelebihan MyKid

1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta

2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.

3. Mudah dibawa kerana saiznya yang kecil.

4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.

5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon MyKid :

  1. Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
    • Salinan IC bapa
    • Salinan IC ibu
  3. Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir

Cara Memohon

Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut: https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan 

Kemudian, sila ambil nombor giliran di kaunter dan tunggu nombor anda dipanggil. Ikuti prosedur sehingga selesai.

Cara Semakan Status MyKid Online

Menurut perkongsian daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kira-kira 30 peratus kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) yang telah disiapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih gagal dituntut oleh ibu bapa atau penjaga sehingga kini.

Oleh itu, para ibu bapa serta penjaga perlulah peka untuk menyemak status MyKid yang telah dimohon.

Untuk semakan status permohonan online, sila rujuk pautan berikut: http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/ 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/

Atau, telefon: 03-8000 8000 / Faks: 03-8880 8288 

Anda juga boleh semak Soalan Lazim daripada JPN di pautan berikut :

Soalan Lazim (FAQ) Jabatan Pendaftaran Negara

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!