Biodata Menteri Besar Selangor & Exco Terkini 2023
Biodata Menteri Besar Selangor & Exco Terkini 2023
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri pada 12 Ogos lepas.
Jawatan Menteri Besar Selangor terkini akhirnya diumumkan secara rasmi dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah yang berlaku pagi tadi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, anda boleh semak artikel ini sehingga ke penghujung.
Biodata Menteri Besar Selangor : Dato Seri Amirudin Shari
Nama: Amirudin Shari
Tarikh lahir: 8 Februari 1980
Umur: 43 tahun
Isteri: Masdiana Muhamad
Anak: Dikurniakan 6 orang anak (3 lelaki dan 3 perempuan)
Pendidikan:
- Sekolah Menengah Benut, Pontian
- Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangynan Manusia) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2002
- Memperoleh latihan khas berhubung persiapan pilihan raya di bawah Konrad Adenauer Stiftung yang dianjurkan di Berlin dan Munich
Pekerjaan:
- Bekas kordinator Institut Kajian Dasar
- 2003 – kini: Pengasas Komuniti Seni Jalan Telawai dan Komuniti Diskusi Bangsar bagi mengetengahkan suara anak muda
- 2008 – 2010: Timbalan Naib Pengerusi Majlis Sukan Selangor
- 2008 – 2018: Ahli Dewan Negeri kawasan Batu Caves
- 2009 – kini: Pengerusi Lembaga Pengarah Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM)
- 2014 – 2018: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
- 2015 – 2018: Pengurus pasukan Persatuan Bola Sepak Selangor
- 2016 – kini: Ahli Lembaga Pengarah SDE Facilities Management Sdn Bhd
- 2017 – kini: Ahli Jemaah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
- 2018 – kini: Ahli Dewan Negeri kawasan Sungai Tua
- 2018 – kini: Menteri Besar Selangor
Parti politik: Pakatan Harapan
Jawatan lain yang dipegang:
- 2004 – kini: Menyertai KEADILAN
- 2009: Dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat
- 2018: Ketua Cabang KEADILAN Gombak
- 2018 – kini: Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor
- 2022: Menang jawatan Naib Presiden KEADILAN dengan jumlah undi tertinggi pada pemilihan
Anugerah dan pingat yang diterima:
- Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) – Dato’ Seri (2019)
Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari selesai mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor ke-16 di Istana Alam Shah.
Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Majlis istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji pagi ini turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan pembesar-pembesar negeri.
Senarai Exco kerajaan Selangor (Terkini)
Datuk Seri Amirudin Shari berkata, portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor akan dimaklumkan selepas Mesyuarat Exco pertama Rabu ini.
“Rabu nanti saya akan adakan Mesyuarat Exco pertama dan pada tengah hari saya akan memaklumkan berkenaan portfolio (Exco Kerajaan Negeri) selepas mesyuarat pertama yang akan dibuat pada jam 12 tengah hari.
“Nanti saya akan maklumkan pada hari Rabu, sesuai dengan Mesyuarat Exco pertama, sebahagian (mereka) baharu. Portfolionya sudah ada, biarlah angkat sumpah berlaku dahulu,” katanya.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai protfolio Menteri Besar Selangor dan Exco terkini 2023, anda boleh layari website kerajaan negeri: https://www.selangor.gov.my/
Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai pelantikan Menteri Besar Baru 2023 seperti:
- Menteri Besar Terengganu
- Menteri Besar Kelantan
- Menteri Besar Pulau Pinang
- Menteri Besar Negeri Sembilan
Diharapkan semoga perlantikan Menteri Besar Selangor ni dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sepenuh hati dan telus bagi membantu kemajuan Selangor.
Sumber:
- Profil Amirudin Shari. Amirudin Shari
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Selangor