Biodata Rajinikanth Aktor India Versi Anwar Ibrahim Filem Terbaru
Kenali Biodata Rajinikanth, hero filem terbaru box office Jailer 2023,bakal angkat perjuangan Anwar Ibrahim dalam aksi filem yang akan datang
Aktor dan supertar Rajinikanth baru-baru ini dilaporkan telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Putrajaya. Pertemuaan antara Anwar Ibrahim dan Rajinikanth itu dikatakan adalah bagi membincangkan elemen kemasyarakatan yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia itu, untuk dimasukkan dalam filem-filem Rajinikanth terbaru akan datang.
Anwar Ibrahim, turut memuatnaik pertemuan mereka dalam satu posting di media sosial rasmi beliau.
Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni asia dan antarabangsa.
Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.
Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak.
Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman.
#MalaysiaMadani
Biodata Rajinikanth (Sivaji Rao Gaekwad)
- Nama sebenar : Sivaji Rao Gaekwad
- Gelaran : Rajinikanth, Rajini,Super Star,Thalaivar,Style Mannan,Sivaji
- Tarikh lahir : 12 Disember 1950
- Umur : 73 tahun ( Pada tahun 2023)
- Tempat lahir : Bangalore, India
- Agama : Hindu
- Bangsa : Tamil
- Warganegara : India
- Status perkhawinan : Berkhawin
- Isteri : Latha Rangachari
- Anak : 2 Orang (Aishwarya dan Dhanush)
- Ibu : Jijabai
- Bapa : Ramoji Rao Gaekwad
- Adik-beradik : Satyanarayana Rao, Nageshwara Rao
- Pendidikan :
- Sekolah Rendah Model Kannada Kerajaan Gavipuram di Bangalore
- Sekolah Awam Acharya Pathasala
- Government Model Primary School, Gavipuram, Bengaluru
- M.G.R Film and Television Institute of Tamil Nadu
- Facebook : https://www.facebook.com/Rajinikanth/
- Twitter /X :https://twitter.com/rajinikanth
- Kerjaya : Pelakon, Penerbit, Penulis skrip filem
Filem Terbaru Rajinikanth
Filem terbaru Rajinikanth berjudul Jailer (2023). Ia telah dikeluarkan pada 10 September 2023. Jailer merupakan filem arahan Nelson Dilipkumar dan diterbitkan oleh Sun Pictures.
Watak utama filem Jailer ini turut dibintangi oleh Nayanthara, Vijay Sethupathi, dan Meena dalam watak utama.
Rajinikanth dalam filer Jailer memegang watak sebagai Muthuvel Pandian. Filem ini mengisahkan seorang penjaga penjara yang telah menjadi “kambing hitam” untuk jenayah yang tidak dilakukannya. Dia kemudian nekad untuk membuktikan dia tidak bersalah dan membawa penjenayah sebenar ke muka pengadilan.
Menurut laporan terbaru, filem Jailer telah melepasi jumlah kutipan ₹ 600–6350 juta di box office seluruh dunia
Anda juga boleh dapatkan Tshirt Jailer sebagai koleksi sempena tayangan filem tersebut
Filem Rajinikanth seterusnya ialah Thalaivar 170. Ia diarahkan oleh TJ Gnanavel dan diterbitkan oleh Sun Pictures. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 2024.
Sivaji Membawa Kehidupan Anwar Ibrahim ke Layar Perak
Sebelum ini, Rajinikanth pernah beberapa kali ke Malaysia termasuk mempromosikan filem Kabali yang turut mengadakan penggambaran di Malaysia.
Kabali ialah filem ke-159 lakonan legenda filem Tamil itu, dan pelakon itu membawakan watak ketua mafia, mengambil inspirasi daripada kisah benar yang pernah diangkat ke layar perak berjudul Departed lakonan Jack Nickholson.
Filem tersebut ditayangkan pada 14 April 2016 turut membariskan tiga pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim serta Zack Taipan turut diundang membintangi filem gangsterisme itu.
Seperti yang kita tahu, filem-filem lakokan Rajinikanth banyak berkisar kepada watak-watak hero yang memperjuangkan dan membela golongan rakyat yang tertindas.
Kedatangan Rajinikanth baru-baru ini untuk bertemu Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim tersebut jelasnya adalah bagi mendapatkan maklumat dari tuan badan secara terus mengenai perjuangan kemasyarakatan yang di bawa oleh Anwar Ibrahim
Mungkinkah kita akan dapat melihat karakter Anwar Ibrahim dalam filem ini? Atau juga Anwar Ibrahim versi Rajinikanth pada filem yang akan datang?
Untuk makluman anda juga, cerita mengenai perjuangan politik Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 itu, pernah di angkat oleh pengarah filem dari indonesia iaitu Viva Westi yang bertajuk Anwar : The Untold Story . Filem tersebut juga pernah trending #Top1 Netflix Malaysia
Kejayaan & Nilai Kekayaan Rajinikanth
Rajinikanth membuat debut filemnya pada tahun 1975 dengan filem Apoorva Raagangal. Filem itu merupakan satu kejayaan besar, dan dia kemudian menjadi bintang besar dalam industri filem Tamil.
Beberapa filem lain yang berjaya termasuk Bhairavi (1976), Aakhari Rakshas (1981), Enthiran (2010), dan Kabali (2016).
Rajinikanth terkenal dengan lakonan berkarisma dan kebolehan membawakan pelbagai watak. Malah beliau juga melakukan setiap aksi lagak ngeri sendiri, tanpa menggunakan pelakon tambahan
Dia juga terkenal dengan filem aksinya yang penuh dengan aksi dan adegan aksi yang memukau. Rajinikanth juga merupakan salah seorang pelakon terkaya di India, dan nama beliau juga pernah disenaraikan dalam forbes india sebagai top 13 dalam carta Celebrity100
Menurut laporan lifestyleasia, jumlah bersih kekayaan Rajinikanth pada tahun 2023,di anggarkan bernilai berjumlah USD 51 juta atau bersamaan INR 430 crore.
Selain itu juga beliau mempunyai beberapa aset dan hartanah yang bernilai jutaan USD.
Beliau juga merupakan pelakon yang paling mahal di India walaupun telah berada di usia emas. Dianggarkan untuk berlakon dalam satu filem,anda perlu membayar sekurang-kurangnya USD 6 juta (INR 50 crore) sebagai imbuhannya untuk mengunakan khidmat
Begitulah serba sdikit mengenai biodata Rajinikanth aktor lagenda filem Tamil India .
Baca juga : Filem Bollywood Jawan : Sinopsis, Barisan Pelakon, Trailer Rasmi