Ketua Menteri Pulau Pinang & Senarai Exco Terkini 2023
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal baharu pada 13 Ogos 2023.
Chow Kon Yeow secara rasmi telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota dengan majoriti 8,261 mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN)-Gerakan H’ng Khoon Leng.
Secara keseluruhan, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menduduki 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang dengan DAP mengekalkan kemenangan di 19 sementara PKR menang 7 daripada 13 kawasan yang ditandingi.
Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow
Berikut dikongsikan serba sedikit biodata serta latar belakang mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik.
Nama Penuh : Chow Kon Yeow
Umur : 65 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan Tinggi : Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia
Jawatan Disandang Dalam Kerajaan
Mac 2008-Mei 2013 : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik & Alam Sekitar
9 Mei 2013 : Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik & Tebatan Banjir
14 Mei 2018 : Angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang
13 Ogos 2023 : Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua.
Penglibatan Dalam Bidang Politik
1986-1990 : Setiausaha Politik kepada Tan Sri Lim Kit Siang
1989 : Penolong Setiausaha DAP Pulau Pinang
1991 : Setiausaha DAP Pulau Pinang
5 Disember 1999 : Pengerusi DAP Pulau Pinang
19 Ogos 2001 : Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP
9 September 2004 : Naib Pengerusi DAP
23 Ogos 2008 : Naib Pengerusi DAP
16 Disember 2012 : Naib Pengerusi Kebangsaan DAP
1 Disember 2013 : Pengerusi DAP Pulau Pinang
2021 hingga kini : Pengerusi DAP Pulau Pinang
Wakil Rakyat
Oktober 1990 : ADUN DAP Pengkalan Kota
November 1999-2008 : Ahli Parlimen DAP Tanjong
2008 hingga kini : ADUN DAP Padang Kota
Mei 2018 : Ahli Parlimen DAP Tanjong
November 2022 hingga kini : Ahli Parlimen DAP Batu Kawan
Senarai Exco Pulau Pinang Terkini 2023
Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang termasuk tujuh muka baharu telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Berikut dikongsikan senarai EXCO terkini dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Nama ADUN | Jawatan |
Prof Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid | Timbalan Ketua Menteri I,Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat |
Jagdeep Singh Deo | Timbalan Ketua Menteri II, Exco Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi, |
Rashidi Zinol | Exco Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar |
Zairil Khir Johari | Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital |
Wong Hon Wai | Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif |
Lim Siew Khim | Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam |
H’ng Mooi Lye | Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa |
Daniel Gooi Zi Sen | Exco Belia, Sukan dan Kesihatan |
Dato’ Seri S. Sundarajoo | Exco Perumahan dan Alam Sekitar |
Fahmi Zainol | Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi. |
ADUN Sungai Acheh, Rashidi Zinol juga merupakan satu-satunya wakil rakyat daripada Barisan Nasional dan sekaligus menyaksikan parti tersebut kembali dalam barisan EXCO Pulau Pinang selepas berada di blok pembangkang sejak 15 tahun lalu.
Untuk perkembangan terkini mengenai pentadbiran Pulau Pinang sila ikuti laman Facebook rasmi YB Chow Kon Yeow dan laman rasmi Kerajaan Pulau Pinang di penang.gov.my.
Baca Juga : Menteri Besar Terengganu Biodata & Exco Terkini 2023