Tips Kemas Kini Profil LinkedIn Yang Kemas & Profesional

Bagi pencari kerja sama ada dalam sektor awam, korporat dan sebagainya, sudah pasti anda mempunyai akaun LinkedIn bagi mendapat perhatian pasaran pekerjaan yang sedang mencari pekerja.

Dalam erti kata yang lain, profil LinkedIn anda adalah resume online yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun tersebut.

Bagi memastikan anda mendapat perhatian majikan, profil LinkedIn anda perlulah nampak kemas dan profesional.

Apakah Itu LinkedIn?

Untuk makluman, LinkedIn ialah rangkaian profesional yang terbesar di dunia yang digunakan untuk mencari kerja atau internship.

Selain itu, LinkedIn juga digunakan untuk mengadakan atau mengukuhkan hubungan profesional khususnya dalam bidang korporat.

Cara Daftar LinkedIn

Bagi mereka yang belum mendaftar LinkedIn, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.linkedin.com/.
  2. Klik butang ‘Join Now.’
  3. Isi email atau no telefon serta kata laluan dan klik butang ‘Agree & Join.’
  4. Masukkan nama pertama dan terakhir.
  5. Kod Pengesahan LinkedIn dihantar ke telefon atau email.
  6. Masukkan kod yang diterima.
  7. Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga pendaftaran selesai.

Tips Kemas Kini Profil

Terdapat beberapa tips yang perlu diambil perhatian untuk memastikan profil anda kemas dan profesional.

1. Rumusan diri yang memukau

Profil yang dimaksudkan adalah merangkumi gambar, lokasi, dan rumusan mengenai diri anda.

Gambar yang diletakkan di dalam profil perlulah gambar yang sesuai dan sedikit formal.

Lokasi yang perlu diletakkan adalah kawasan tempat tinggal anda.

Untuk rumusan mengenai diri, sebaiknya anda menceritakan diri anda dalam bentuk karangan yang menarik seperti apakah minat anda dan apakah pengalaman anda dalam bidang pekerjaan.

Contohnya seperti gambar di bawah:

2. Letakkan butiran pendidikan anda dengan lengkap

Di ruang pendidikan, pastikan anda meletakkan kelayakan pendidikan anda dengan lengkap.

Letakkan butiran pendidikan anda bermula daripada sekolah menengah sehingga ke pengajian universiti.

Pastikan anda meletakkan peringkat pendidikan terakhir terlebih dahulu sebelum ke peringkat pendidikan yang lain.

Selain itu, pastikan pengkhususan dan keputusan peperiksaan terakhir anda juga diletakkan bersama bagi setiap peringkat pengajian.

Contohnya adalah seperti dalam gambar di bawah:

3. Sertakan pengalaman pekerjaan anda dengan lengkap

Anda juga perlu meletakkan pengalaman pekerjaan anda di ruangan pengalaman.

Ruangan ini adalah penting kerana ia memaparkan senarai pengalaman pekerjaan anda sebelum ini.

Perlu diingat bahawa tempoh pekerjaan beserta tahun juga perlu dimasukkan bersama.

Contoh adalah seperti di bawah.

4. Pengalaman sukarelawan yang pernah disertai

Ini adalah bahagian bonus bagi anda yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan.

Bagi yang pernah terlibat dalam aktiviti ini, letakkan aktiviti sukarelawan yang pernah disertai.

Dengan meletakkan pengalaman sukarelawan anda, majikan dapat mengetahui bahawa anda merupakan seorang yang aktif.

Contoh dapat dilihat mellui gambar di bawah:

5. Kemahiran yang boleh dilakukan

Dalam bahagian kemahiran, anda perlu meletakkan kemahiran yang boleh dilakukan dengan lengkap.

Pilih kemahiran yang berkaitan dengan pengalaman dan keupayaan diri anda.

Untuk mendapat endorsement yang cepat, anda boleh memohon daripada kenalan di LinkedIn untuk membuat endorsement terhadap diri anda.

Contohnya seperti dalam gambar di bawah. 

6. Ikuti akaun LinkedIn yang berpengaruh

Anda digalakkan untuk mengikuti akaun LinkedIn yang berpengaruh bagi memperoleh maklumat yang lebih menarik pada ruangan feed.

Ini juga boleh menjadi nilai tambah serta meningkatkan pelbagai ilmu dengan isu semasa yang ada mengikut peredaran zaman.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai LinkedIn, sila tontoh video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=3FnovWnhObs.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!