TM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022

TM ELIT : Tawaran Latihan Kerja di TM Untuk Graduan Ambilan Mac 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi program TM Executive Leadership Industrial Training (TM ELIT) kini dibuka.

Program TM ELIT ini mensasarkan pembangunan graduan di Malaysia bagi mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.

Program ini bakal menyediakan kemahiran dan pengalaman kerja sebenar buat graduan melalui pengajaran di kelas dan latihan on-job training.

Baca Juga : Tips & Contoh Permohonan Kerja Melalui Email Yang Baik

Objektif Program TM ELIT

Objektif utama program ini ialah :

  • Untuk mewujudkan jaringan kerjaya profesional dan bimbingan dalam organisasi buat graduan.
  • Menyediakan graduan dengan pengetahuan kemahiran, pendedahan dan skil yang relevan untuk tingkatkan nilai graduan untuk pasaran kerja.
tm elit

Syarat Kelayakan Program

Program anjuran syarikat TM ini terbuka kepada semua lepasan Ijazah Sarjana Muda yang masih belum mendapatkan pekerjaan dan memenuhi syarat berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 30 tahun ke bawah
  3. Memperoleh CGPA 2.7 ke bawah
  4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknikal (Kejuruteraan / Telekomunikasi / Jaringan / IT / Sains Komputer / Komunikasi Data/ Programming / Multimedia / Analytic)
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bukan teknikal (Business Administration/ Marketing / Accounting / Finance / Corporate Communication/ Risk Management / Occupational Safety)

Maklumat Program

Graduan terpilih akan jalani program TM ELIT seperti berikut :

  • 1 bulan latihan soft-skill di Multimedia University (MMU)
  • 7 bulan on-job training di syarikat TM.

Kelebihan Program

Graduan yang terpilih untuk sertai program ini juga bakal mendapat manfaat seperti berikut :

  • Elaun sebanyak RM 2,000 sebulan
  • Insurance Coverage pesakit dalam dan pesakit luar
  • Suasana kerja yang baik dan kondusif
  • Peluang untuk menimba kemahiran dan pengalaman baru

Cara Mohon

Graduan yang berminat boleh lakukan permohonan melalui laman sesawang TM di pautan berikut :

Tmcareer.tm.com.my  

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila ajukan emel ke [email protected] atau dapatkan informasi lanjut berkenaan program TM ELIT di laman rasmi TM di pautan tmcareer.tm.com.my.

Semoga program ini dapat menjadi pemangkin kepada para graduan bagi mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!