Tawaran Program Latihan Prasarana SPEEDS Untuk Graduan & Individu Tanpa Pengalaman
Tawaran Program Latihan Prasarana SPEEDS Untuk Graduan & Individu Tanpa Pengalaman ~ Sukacita dimaklumkan program latihan SPEEDS oleh Prasarana kini dibuka.
Prasarana mengalu-alukan graduan baharu atau individu yang mempunyai pengalaman kerja kurang daripada satu tahun peluang untuk mempercepatkan kerjaya anda dengan Prasarana sebagai pemimpin masa depan.
Peserta yang lulus permohonan akan ikuti program latihan selama 2 tahun.
Jika anda mempunyai kualiti dan semangat yang bertepatan dengan matlamat pasukan Prasana, anda dipelawa untuk mohon sekarang !
Baca Juga : Jawatan Kosong Prasarana 2022 Bagi Graduan Diploma & Sarjana Muda
Objektif Program Latihan Prasarana SPEEDS
Antara matlamat Prasarana menawarkan program SPEEDS ini adalah :
Untuk mempercepatkan kerjaya graduan baru untuk menjadi generasi seterusnya sebagai penyumbang utama dan pemimpin syarikat.
Untuk melatih dan membentuk graduan baru menjadi bakat yang lebih seimbang dengan pendedahan yang baik kepada aspek perniagaan.
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk maklumat, tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2022.
Kelebihan Program
Calon yang menyertai program ini akan mendapat manfaat seperti berikut :
- Pembinaan kerjaya yang pantas
- Persekitaran pembelajaran diperepatkan
- On-The-Job training
- Mentorship
Syarat Kelayakan
Permohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Minima kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang
- Keputusan minima CGPA 3.30 dan ke atas
- Graduan atau calon mempunyai pengalaman kerja kurang daripada 1 tahun
Cara Memohon
Pemohon yang beminat serta memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh lakukan permohonan secara tas talian melalui pautan berikut :
PERMOHONAN PROGRAM LATIHAN SPEEDS PRASARANA
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai program SPEEDS Prasarana , sila rujuk laman web Prasarana atau hubungi pegawai bertugas :
- Shaifful Fizal di talian 03 2299 1999 atau
- Muhammad Nabil Faiq di talian 03 2299 1999.