Program Kursus Pengurusan Café / Barista Percuma Anjuran Kampus Bandaraya Johor Bahru

Program Kursus Pengurusan Café / Barista Percuma Anjuran Kampus Bandaraya Johor Bahru ~ Sukacita dimaklumkan Kampus Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Richiamo Coffee Sdn Bhd akan melaksanakan Program Kursus Pengurusan Café/Barista.

Kampus Bandaraya Johor Bahru diwujudkan bagi memberi latihan kemahiran buat belia melalui perlaksanaan program yang berteraskan kerjasama dengan majikan.

Bukan sekadar untuk menyediakan latihan serta sijil kepada pelajar, malah institusi ini mewujudkan persekitaran sebenar industri bagi menyediakan pelajar dengan situasi sebenar tempat kerja.  

Peserta yang tamat kursus juga akan berpeluang untuk berkhidmat di Richiamo Coffee.

Baca Juga : Skim Pelajar Bekerja WEZAS UPSI 2022 : Peluang Kerja Sambil Belajar

Maklumat Kursus Pengurusan Café/Barista

  • Program adalah bertempat di Kampus Bandaraya Johor Bahru
  • Program ini berkonsepkan industy-oriented (belajar sambil bekerja/ Learn & Earn)
  • Kursus terhad kepada 10 orang sahaja
  • Sijil tamat kursus akan disediakan
  • Tempoh kursus adalah kurang daripada 3 bulan
  • Waktu latihan adalah mengikut sif sehingga petang – malam
  • Pendaftaran adalah percuma
  • Elaun bulanan sekurang-kurangnya RM 300 akan diberikan
  • Penginapan tidak disediakan (program ini mengalakkan penyertaan belia Johor Bahru/Permas Jaya/Pasir Gudang atau yang berdekatan)
  • Peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada peserta yang berminat dan tidak terhad kepada negeri Johor sahaja. (bergantung kepada kekosongan jawatan di cawangan Richiamo seluruh Malaysia)
Program Kursus Pengurusan Café/Barista

Syarat-Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk sertai Program Kursus Pengurusan Café/Barista perlulah penuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

1. Berumur dari 18 tahun hingga 35 tahun;

2. Boleh membaca, menulis, mengira dan minat(4M);

3. Berperwatakan positif serta sihat mental dan fizikal;

4. Belia setempat dialu-alukan; dan

5. Mampu memberi komitmen sepanjang program.

Cara Memohon

Calon yang beminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

MOHON KURSUS PENGURUSAN CAFÉ/BARISTA

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan

Encik Megat Hafizi bin Megat Jamil – 0149328231 (Kursus Penyajian)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!