Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) SPA9

Bagi penilaian memasuki perkhidmatan awam (PSEE), calon akan melalui ujian psikometrik terlebih dahulu sebelum ke peringkat seterusnya.

Calon-calon yang berminat untuk bekerja dalam sektor kerajaan atau perkhidmatan awam dan telah mengemukakan permohonan melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan dipanggil untuk mengikuti Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) sebagai tapisan awal kelayakan, sebelum di pangil untuk ujian pemeriksaan fizikal atau temuduga.

Hanya calon yang memenuhi syarat akademik dan kriteria penerimaan untuk setiap jawatan sahaja yang akan dipanggil untuk mengikuti ujian ini.

Calon-calon yang layak akan dihubungi melalui emel yang telah didaftarkan semasa mengisi permohonan jawatan menerusi website SPA9

Apa Itu Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

PSEE ialah ujian piawai yang digunakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menilai kebolehan dan kebolehan calon bagi jawatan peringkat permulaan dalam perkhidmatan awam Malaysia.

Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam merupakan ujian aptitud yang dijalankan secara dalam talian sebagai saringan awal kepada pemohon pekerjaan merangkumi penilaian pengetahuan am, keupayaan dalam penyelesaian masalah dan ujian kefahaman Bahasa Inggeris.

Ujian Psikometrik PSEE

Sebelum layak untuk dipangil ke ujian fizikal/temuduga, calon-calon spa akan yang layak akan dipanggil terlebih dahulu untuk menjalani ujian psikometrik.

Ujian ini berkonsepkan penilaian personaliti/kompetensi individu. Ianya direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Panggilan menduduki peperiksaan ini akan dimaklumkan melalui e-mel.
@spamalaysiaofficial

Dah semak e-mel tapi masih tak jumpa e-mel panggilan menduduki PSEE? Jom tengok video ni. #suruhanjayaperkhidmatanawam #MalaysiaMadani #everyonecanapply #carikerja #infospa #kerjagomen

♬ Power Up – Razihel

Jadual Penilaian – Ogos 2023

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan jadual bagi calon yang bakal menduduki penilaian PSSE untuk bulan Ogos 2023. Antara jawatan tersebut ;

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  • Tarikh PSEE : 18 Ogos 2023

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Tahfiz Al-Quran dan Qiraat)

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
  • Tarikh PSEE : 18 Ogos 2023

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Reka Bentuk Teknologi/Kemahiran Hidup)

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
  • Tarikh PSEE : 18 Ogos 2023

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Bahasa Arab)

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
  • Tarikh PSEE : 16 Ogos 2023

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Sains Sukan)

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
  • Tarikh PSEE : 16 Ogos 2023

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Bahasa Inggeris/TESL)

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
  • Tarikh PSEE : 15 Ogos 2023

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Tarikh PSEE : 15 Ogos 2023]

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 (Kontrak – Tetap)

  • Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
  • Tarikh PSEE : 11 Ogos 2023

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  • Tarikh Penilaian : 11 Ogos 2023

Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  • Tarikh Penilaian : 9 Ogos 2023

Pembantu Pemuliharaan Gred S19

  • Arkib Negara Malaysia (Semenanjung)
  • Tarikh PSEE : 8 Ogos 2023

Semakan Keputusan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam PSEE

Semakan boleh dilakukan selepas 7 hari tempoh bekerja selepas tarikh peperiksaan. Walaupun begitu tarikh keputusan peperiksaan sebenar hanya boleh disemak selepas pengemuman yang dibuat oleh pihak SPA.

Untuk semakan, anda boleh layari https://spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/senarai-keputusan-peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-kecergasan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai penilaian memasuki perkhidmatan awam anda boleh layari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam https://www.spa.gov.my/ atau facebook https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov

Baca juga ; Panduan & Tips Ujian Kecergasan Fizikal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!