Format & Contoh-Contoh Resume Bagi Permohonan Kerja

contoh-resume

Bagi mereka yang ingin memohon pekerjaan, contoh-contoh resume boleh dijadikan panduan bagi melihat format dan panduan yang sebenar.

Resume adalah dokumen penting yang perlu dikemukakan kepada syarikat atau organisasi sebelum mereka dipanggil temu duga.

Resume yang menarik adalah penting kerana ia merupakan first impression anda terhadap bakal majikan.

Oleh itu, adalah penting bagi individu yang ingin memohon pekerjaan agar menyediakan resume yang menarik dan terbaik untuk dihantar kepada bakal majikan.

Apakah Maksud Resume?

Resume adalah dokumen yang bertujuan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu. 

Ini bermaksud, para majikan akan mengetahui bakal pekerjanya secara ringkas sebelum mereka dipanggil untuk temu duga.

Lazimnya, resume merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja dan ini bergantung kepada jumlah maklumat yang dimasukkan oleh individu terbabit.

Jenis Resume

Terdapat 3 jenis Resume yang biasa digunakan bagi mendapatkan pekerjaan iaitu:

  • Chronological 
  • Functional
  • Combination Formats

Resume Chronological bermaksud resume yang menumpukan kepada sejarah pekerjaan mengikut tarikh dan disusun mengikut kedudukan terkini di bahagian atas. Resume jenis ini juga menerangkan mengenai ringkasan kerjaya sebelum ini dan juga senarai pengalaman kerja yang pernah dilakukan.

Manakala Resume Functional pula lebih memfokuskan kepada kemahiran dan pengalaman dan bukan kepada sejarah pekerjaan individu terbabit. Resume jenis ini lazimnya digunakan oleh pencari kerja yang ingin mengubah bidang pekerjaan atau mereka yang tidak memiliki banyak sejarah pekerjaan sebelum ini.

Resume Combination Formats ialah resume menyenaraikan kemahiran dan kelayakan anda terlebih dahulu diikuti dengan sejarah pekerjaan mengikut urutan kronologi terbalik iaitu bermula dengan pekerjaan terbaharu dan disusun sehingga pekerjaan terakhir.

Tips Penulisan Resume

Resume yang baik adalah resume yang mengikut tips penulisan yang betul iaitu:

  • Tidak lebih daripada 2 muka surat.
  • Padankan resume mengikut kesesuaian jawatan yang dimohon.
  • Gunakan reka bentuk yang sesuai.
  • Pastikan ayat yang digunakan bersesuaian dan tiada kesilapan ejaan dalam penulisan tersebut.
  • Penulis perlu jujur dalam setiap informasi yang dikongsi.

Format Penulisan Resume

Penulisan resume perlu menepati format yang lazimnya digunakan seperti berikut:

1. Gambar

Penulis perlu memasukkan gambar berukuran passport yang bersesuaian dan formal.

Gambar tersebut mestilah terang, jelas, dan menunjukkan wajah penulis yang sebenar.

2. Maklumat Diri

5 Maklumat diri yang wajib dimasukkan di dalam resume adalah seperti berikut:

  • Nama Penuh
  • Alamat Rumah
  • No. Kad Pengenalan
  • No. Telefon
  • Alamat Email

3. Sejarah Pendidikan

Penulis perlu memasukkan sejarah pendidikan iaitu daripada persekolahan sehingga ke peringkat tertinggi.

Selain itu, setiap tahap persekolahan tersebut perlu disertakan dengan tempoh tahun.

4. Pengalaman Pekerjaan

Pengalaman pekerjaan perlu disusun mengikut pekerjaan yang terbaharu terlebih dahulu sebelum pekerjaan terakhir.

Setiap pekerjaan tersebut perlu dimasukkan sekurang-kurangnya tempoh iaitu tahun dan juga jawatan yang pernah disandang.

5. Kemahiran

Kemahiran adalah antara perkara terpenting yang mesti dimasukkan di dalam resume.

Dengan menyertakan kemahiran, bakal majikan akan mengetahui sejauh mana bakal pekerja mereka mempunyai kemahiran dan sesuai dengan jawatan yang ditawarkan.

6. Rujukan

Rujukan adalah majikan terdahulu yang boleh dirujuk bagi mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai individu yang memohon pekerjaan dengan mereka.

Sekurang-kurangnya 2 rujukan bekas majikan yang perlu dimasukkan merangkumi nama, alamat dan no telefon.

Selain daripada 6 perkara wajib ini, penulis juga boleh memasukkan beberapa perkara yang lain mengikut kesesuaian antaranya anugerah yang pernah diperolehi atau penglibatan di dalam organiasi lain.

Contoh-Contoh Resume

Berikut ialah contoh-contoh resume yang boleh dijadikan panduan oleh individu yang ingin memohon pekerjaan:

Laman Web Penulisan Resume

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan penulisan resume secara atas talian atau anda boleh memuat turun template resume yang menarik secara percuma.

Selain itu, dalam laman web ini juga terdapat banyak contoh resume yang boleh dijadikan panduan.

Antara laman web yang boleh dilayari adalah seperti berikut:

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
surat-berhenti-kerja

Panduan, Format & Contoh-Contoh Surat Berhenti Kerja

Next Post
resume-cv

Resume & CV: Ini Perbezaan Yang Perlu Diketahui

Related Posts
resume-cv

Resume & CV: Ini Perbezaan Yang Perlu Diketahui

Sesetengah individu mungkin keliru apakah perbezaan yang sebenarnya antara resume dan CV dalam memohon pekerjaan. Sebahagian pihak berpandangan bahawa resume dan CV adalah dua dokumen yang sama dan tidak mempunyai perbezaan. Walau bagaimanapun, hakikat yang sebenar ialah terdapat perbezaan yang ketara antara resume dan CV dan perbezaan ini perlu diketahui khususnya kepada mereka yang sedang ... Read more
Read More
surat-kebenaran-rentas-negeri

Panduan & Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri

Susulan peningkatan kes harian COVID-19, kerajaan bermula 13 Januari 2021 telah menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh orang ramai ialah larangan merentas negeri bagi memastikan wabak COVID-19 tidak terus merebak di seluruh negara. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan memberikan pengecualian kepada mereka yang perlu melakukan perjalanan rentas ... Read more
Read More
surat-rasmi

Panduan & Format Sebenar Penulisan Surat Rasmi

Sudah pasti ada dalam kalangan kita pernah menerima surat rasmi sama ada daripada agensi/jabatan/organisasi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan. Kadang kala, kita juga perlu menulis surat tersebut untuk membuat sebarang permohonan/aduan/cadangdan untuk dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Namun, bagi yang tidak biasa menulis surat rasmi, sering kali wujud kekeliruan mengenai format sebenar penulisan surat ... Read more
Read More