Lembaga Tabung Haji Malaysia | Kos Haji TH & Bayaran Haji 2022

Lembaga Tabung Haji Malaysia | Kos Haji TH & Bayaran Haji 2022 ~ Tahukah anda, Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000 untuk seorang jemaah haji Muassasah.

Hal ini dipercayai adalah susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi.

Kos Haji TH & Bayaran Haji 2022 

Untuk pengetahuan anda, kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada tahun 2019 ialah RM22,900. 

Sekiranya kenaikan ini berlaku, sebanyak 12 peratus peningkatan yang terjadi adalah mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) yang telah dinaikkan daripada 5 peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan. 

Ini belum masuk perkiraan pelbagai peningkatan kos dengan SOP baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan. 

Kos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40-45 hari. 

Selain dari kos-kos langsung, TH turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus-kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas-petugas haji. Jumlah kos tidak langsung ini sahaja mencecah RM60 juta setiap tahun.

Lembaga Tabung Haji Malaysia

Bantuan Kewangan Untuk Menunaikan Haji Masih Diteruskan

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu khuatir. Pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia masih lagi meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama. 

Lembaga TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun.

Kepada para bakal haji, anda perlu membuat persediaan awal dari segi kesihatan dan perbelanjaan haji sekiranya mendapat panggilan haji pasca COVID ini. Namun, Kerajaan Arab Saudi masih belum membuat pengumuman rasmi berkenaan ibadat haji bagi Musim 1443H/2022M.

Pengeluaran KWSP Untuk Tujuan Haji

Sekiranya anda mempunyai caruman KWSP, anda layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP bagi tujuan mengerjakan haji. 

Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah).

Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Ahli KWSP
  • Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  • Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP
  • Berumur kurang 55 tahun

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut sila rujuk pautan di laman web berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!