Tabung Haji | Agihan Keuntungan Sebanyak 3.10% (Dividen 2022)

Tabung Haji | Agihan Keuntungan Sebanyak 3.10% (Dividen 2022) ~ Sukacita dimaklumkan, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021.

Dividen Tabung Haji 2022

Untuk makluman anda, pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan Tabung Haji 2021 bermula pada 27 Februari 2022 ini. Anda boleh lakukan semakan melalui cara dibawah:

  • THiJARI
  • Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank
  • ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB

Sila rujuk langkah-langkah dibawah untuk mengetahui cara semakan lebih terperinci:

Langkah-Langkah Membuat Semakan

  1. Sila layari laman web rasmi ThiJARI di pautan berikut: www.thijari.com.my. 
  2. Kemudian, masukkan ID yang telah didaftarkan.
  3. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.

NOTA: Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen

Cara Pengiraan Dividen TH

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2020.

Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

  • Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk Tabung Haji Contact Centre (THCC) dan hubungi: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *