THiJARI Biz | Bantu Pekerja Tunai Haji Melalui Akaun TH Pekerja

THiJARI Biz | Bantu Pekerja Tunai Haji Melalui Akaun TH Pekerja Dengan Mudah ~ Sukacita dimaklumkan, majikan kini boleh melakukan deposit bulanan ke akaun TH Pekerja hanya melalui potongan gaji bagi membantu pekerja-pekerja anda menyimpan wang untuk menunaikan haji

THiJARI Biz

THiJARI Biz adalah merupakan inisiatif transformasi digital TH ke arah menambah baik perkhidmatan dalam talian dan proses kerja automasi, supaya perkhidmatan TH menjadi lebih cekap.

Melalui inisiatif ini, Majikan boleh melaksanakan deposit bulanan ke dalam akaun TH Pekerja melalui potongan gaji. Hal ini dapat membantu memudahkan para pekerja untuk mengasingkan terus simpanan bulanan yang ditentukan oleh mereka terus ke dalam akaun TH.

Inisiatif ini juga dapat menggalakkan lebih ramai pekerja daripada sektor swasta dan awam membuka akaun dengan TH dan merealisasikan impian mereka untuk menunaikan haji.

Dengan penggunaan Biz THiJARI, semua urusan berkaitan potongan gaji boleh diuruskan sendiri oleh majikan melalui portal online, dan pengkreditan potongan gaji hanya akan mengambil masa satu hari bekerja dengan syarat semua maklumat yang diberikan adalah lengkap dan akaun aktif.

THiJARI Biz

Cara Mendaftar (Majikan)

  1. Majikan mesti mendaftarkan syarikat mereka dengan Tabung Haji dengan menghubungi THCC.
  1. Majikan dikehendaki melengkapkan “Borang Maklumat Majikan” untuk melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit untuk TAC.
  1. Tabung Haji akan memberikan Kod Majikan melalui e-mel dan Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  1. Setelah menerima kod pengaktifan, pengaktifan mesti dilakukan dalam masa 7 hari.
  1. Bagi Majikan sedia ada yang telah berdaftar dengan Tabung Haji, Majikan boleh menghubungi THCC untuk menerima Kod Pengaktifan.
  1. Majikan juga boleh membuat semakan transaksi dalam talian manakala pekerja boleh menyemak rekod kredit mereka melalui aplikasi THiJARI mereka.

Cara Guna (Majikan)

  • Sila layari dan log masuk melalui pautan berikut: www.thijari.com.my/thijaribiz
  • Pentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan Kod Pengaktifan diikuti dengan penciptaan kata laluan.
  • Pentadbir perlu memasukkan Kod Majikan dan kata laluan setiap kali untuk log masuk ke portal.

NOTA: Sila klik “Pengaktifan Pertama Kali” untuk penggunaan kali pertama.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi: 0362071919

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!