Tips Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK)

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan atau UFPK merupakan satu proses saringan yang terdapat di SPA.

Ujian ini perlu dihadiri oleh calon yang memohon jawatan di bawah bidang keselamatan dan pertahanan awam. Antara jawatan yang memerlukan calon untuk hadiri ujian ini adalah :

  1. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
  2. Pegawai Siasatan Gred P41
  3. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  5. Pegawai Kesatria Gred S41
  6. Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
  7. Pembantu Kesatria Gred S17
  8. Pegawai Keselamatan Gred KP41
  9. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
  10. Pembantu Keselamatan Gred KP17
  11. Penguasa Penjara Gred KA41
  12. Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
  13. Pegawai Penjara Gred KA19
  14. Penguasa Bomba Gred KB41
  15. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
  16. Pegawai Bomba Gred KB19
  17. Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  18. Pegawai Imigresen Gred KP19
  19. Leftenan Muda Maritim Gred T13
  20. Bintara Muda Maritim Gred T5
  21. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  22. Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
  23. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
  24. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

Selain itu, terdapat juga jawatan di kementerian tertentu yang menggunakan ujian ini sebagai salah satu kaedah saringan sebelum ke peringkat selanjutnya.

Terima panggilan untuk hadir ke UFPK namun tidak tahu ujian yang perlu dilalui atau persediaan yang perlu dilakukan? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Jenis-jenis Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan

Calon-calon UFPK akan menjalani ujian-ujian berikut :

  • Ujian ukur tinggi
  • Ujian ukur berat
  • Ujian indeks jisim tubuh (BMI)
  • Ujian ukur dada (bagi calon lelaki sahaja)
  • Ujian pendengaran
  • Ujian penglihatan
  • Ujian pengecaman warna
  • Pemeriksaan tubuh badan
  • Gaya berjalan & berkawad
  • Ujian kecergasan (Bangun Tubi, Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter, Larian 2.4 km)
Ujian Ukur Berat Badan
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan
Ujian Kecergasan

Calon yang dipanggil bagi ujian UFPK untuk mana-mana jawatan, pastikan anda telah membaca syarat-syarat yang telah ditetapkan pada surat panggilan masing-masing.

Baca Juga : eUKCG KPM : Panduan Ujian, Tips & Semakan

Dokumen dan Kelengkapan Yang Diperlukan  

Selain membuat persediaan fizikal, calon-calon yang akan menghadiri UFPK juga perlu menyediakan beberapa dokumen dan kelengkapan iaitu :

  • Surat panggilan yang telah dicetak atau salinan digital surat panggilan
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan
  • Kad pengenalan
  • Kit ujian kendiri Covid-19
  • Sarung tangan
  • Pelitup muka

Sila ambil maklum bahawa dokumen seperti sijil peperiksaan, ijazah, surat sokongan mahupun resume TIDAK PERLU dibawa.

Etika Pemakaian

Untuk UFPK, calon diwajibkan untuk memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian-pakaian yang tidak bersesuaian dan menjolok mata tidak dibenarkan.

Sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan.

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan

Tips dan Panduan

Ujian Ukur Tinggi

  • Calon perlu menanggalkan kasut, stokin, barangan berharga seperti  jam dan dompet.
  • Seterusnya, calon lelaki perlu melipat kaki seluar sehingga paras lutut, manakala calon wanita pula perlu melipat kaki seluar sehingga paras buku lali.
  • Pastikan kaki berada dalam kedudukan V dan rapatkan badan ke dinding.
  • Berdiri tegak dan pandang hadapan apabila penguji mengambil bacaan.
  • Ujian Penglihatan dan Pengecaman Warna
  • Calon akan diuji menggunakan Carta Snellen dan Buku Ishihara.
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan
  • Ujian ini akan dijalankan tanpa menggunakan sebarang alat bantuan penglihatan seperti cermin mata dan kanta lekap (contact lens).
  • Pegang penutup mata menggunakan tangan yang betul.
  • Letakkan penutup mata seperti gambar di bawah. Sebarang cara lain akan mengganggu calon untuk fokus dalam ujian ini.
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan
  • Dengar arahan daripada penguji dan sebutkan huruf yang ditunjukkan dengan jelas dan terang.
  • Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat persiapan bagi menghadapi Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan.

Anda juga boleh semak maklumat lanjut mengenai ujian ini melalui pautan berikut : https://spa.gov.my/spa/panduan/peperiksaan/pemeriksaan-fizikal-dan-pancaindera

Sumber : Tiktok SPA Malaysia Official

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!