Profil Azizulhasni Awang, Pocket Rocketman Kebanggaan Negara

Biodata Azizulhasni Awang

Azizulhasni mula menaiki basikal pada usia 10 tahun di kampung halamannya, Dungun dan bercadang untuk menceburkan diri dalam sukan berbasikal seawal usia 15 tahun.

Beliau meraih pingat emas pertama untuk kategori individu dalam Kejohanan Trek Asia bagi acara Keirin dan acara pecut 200m pada tahun 2008 yang berlangsung di Jepun.

Sepanjang kariernya dalam arena sukan berbasikal selama 15 tahun, beliau telah mengharumkan nama negara apabila berjaya pelbagai kemenangan dalam kejohanan peringkat Asia dan antarabangsa.

Pada 31 Januari 2023, jaguh berbasikal trek ini melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021.

Sebelum itu, beliau berjaya merangkul gelaran yang sama pada tahun 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.

Pencapaian tersebut sekaligus mengatasi legenda badminton negara Datuk Lee Ching Wei, Datuk Rashid Sidek serta Sazali Samad yang berkongsi empat gelaran sebelum ini.

Mungkin ramai yang belum kenali The Pocket Rocketman yang menjadi kebanggaan Malaysia ini. Jom kita semak biodata Azizulhasni Awang dengan lebih dekat.

Biodata Azizulhasni Awang

Nama Penuh : Mohd Azizulhasni bin Awang @ Muda

Asal : Dungun, Terengganu

Tarikh Lahir : 5 Januari 1988

Umur : 35 tahun

Nama Gelaran : The Pocket Rocketman

Jurulatih : John Beasly

Pendidikan : Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Vistoria, Melbourne

Isteri : Athiah Ilyana Abd Samat

Anak : 2 orang (Amna Mariyam, Amna Khadeeja)

Baca Juga : Biodata Lee Chong Wei, Pemain Badminton No.1 Malaysia

Pencapaian Azizulhasni Awang Dalam Sukan Berbasikal Trek

2022

Pingat Emas Acara Pecut Edisi ke-125 Austral Wheelrace, Melbourne

Tempat ke-8, UCI Trak Champions League

2021

Pingat Perak Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria, Australia  

2020

Pingat Perak Keirin Lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020

2019

Pingat Emas, Acara Pecut Individu Lelaki, 39th Asian Track Cycling Championship, Jakarta

Pingat Emas, UCI Track Cycling World Cup, Cambridge, New Zealand

2018

Pingat Perak, Acara Keirin Lelaki UCI Track Cycling World Championship, London

Pingat Emas, Acara Pecut Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018

Pingat Gangsa, Acara Keirin Sukan Asia Jakarta Palembang 2018

Pingat Emas, Acara Pecut Individu, Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018

Biodata Azizulhasni Awang

2017

Pingat Emas, Acara Keirin UCI Track Cycling World Championships, Hong Kong

Pingat Emas, Acara Keirin Lelaki Elit, 37th Asian Cycling Championships (ACC), New Delhi

Pingat Emas, Acara Pecut Lelaki, Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur

Pingat Emas, Acara Keirin, Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur

2016

Pingat Gangsa, Acara Keirin Lelaki Elit, UCI Track Cycling World Championships, London

Pingat Gangsa, Acara Keirin, Sukan Olimpik Rio, Brazil

2015

Pingat Emas, Acara Keirin, 35th Asian Cycling Championships, Nakon Ratchasima, Thailand

2014

Pingat Emas, Acara Pecut Lelaki, Asian Cycling Championships (ACC), Astana, Kazakhtan

Pingat Gangsa, Sukan Komanwel Glasgow

2010

Pingat Emas, Acara Keirin, Sukan Asia ke-16, Guangzhou, China

2009

Pingat Emas Kejohanan Lumba Basikal Dunia, Melbourne

2008

Pingat Emas Kejohanan Berbasikal Asia Velodrom Nara, Jepun

2007

Pingat Emas, Acara Pecut Berpasukan, Sukan SEA ke-24, Korat, Thailand

Biodata Azizulhasni Awang

Pada tahun 2021, beliau dianugerah Darjah Kebesaran Negeri Terangganu oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau bercadang untuk bersara sebagai pelumba basikal trek selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Semoga kejayaan Azizulhasni Awang menjadi pembakar semangat kepada ramai pelapis atlet negara dalam mencapai kemenangan di peringkat antarabangsa.

 Untuk ketahui perkembangan mengenai atlet sukan lumba basikal ini, sila ikuti laman media sosial Azizulhasni Awang di pautan berikut :

Instagram : https://www.instagram.com/azizulhasniawang/

Youtube : https://www.youtube.com/c/azizulawang

Facebook : https://www.facebook.com/azizulawangofficial

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!