Kebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan | SOP Terkini

Kebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan | SOP Terkini ~ Adalah dimaklumkan, pada 9 Mac 2022, KKM sekali mengingatkan SOP terkini yang perlu dipatuhi oleh suami untuk menemani isteri di wad bersalin Hospital Kerajaan (KKM).

Kebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin Hospital Kerajaan

Berikut adalah SOP dan kriteria terkini bagi suami / ahli keluarga untuk menemani ibu hamil semasa bersalin:

A) Suami / ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu;

  • 14 hari selepas menerima dos kedua bagi vaksin jenis 2 dos iaitu Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca
  • 28 hari selepas menerima vaksin jenis 1 dos iaitu CanSino dan Johnson & Johnson

B) Suami / ahli keluarga perlu menjalani ujian pengesan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan bawa bersama keputusan ujian;

ATAU

C) Suami / ahli keluarga memberi kit ujian kendiri Covid-19 dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan yang disediakan.

Kebenaran Suami Menemani Isteri Di Wad Bersalin

NOTA:

Sila semak dengan hospital terdekat anda mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin ini.

Pelaksanaannya tertakluk kepada situasi serta kapasiti/kekangan tertentu di hospital tersebut. Ini bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit dan petugas kesihatan diutamakan.

KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!