Contoh Perjanjian Sewa Kedai Yang Mudah & Lengkap

Seperti rumah, perjanjian sewa kedai juga perlu dibuat oleh pemilik premis kedai yang berhasrat untuk menyewakan premis mereka kepada orang lain.

Perjanjian penyewaan ini perlu dibuat bagi mengelakkan wujud sebarang masalah antara pemilik premis dan juga penyewa di kemudian hari.

Selain itu, perjanjian ini dibuat bagi melindungi hak-hak yang terkandung serta tanggungjawab di dalam perjanjian antara pemilik premis dan penyewa.

Jika wujud sebarang pertikaian mengenai penyewaan, kedua-dua pihak perlulah kembali merujuk kepada perjanjiaan yang ditandatangani sebelum ini.

Justeru, adalah penting penyewaan sesebuah premis kedai untuk memiliki perjanjian yang memperincikan segala butiran yang dipersetujui.

Maksud Perjanjian Sewa Kedai

Perjanjian sewa kedai adalah suatu kontrak yang dilakukan antara pemilik premis dan penyewa yang merangkumi peraturan, syarat, atau tanggugungjawab bersama yang perlu dipatuhi.

Sekali imbas, perjanjian sewa kedai dan sewa rumah adalah hampir sama namun sedikit perbezaan yang mungkin dapat dilihat adalah tempoh sewaan premis kedai mungkin lebih panjang iaitu minimum 2 tahun berbanding sewaan rumah iaitu 1 tahun.

Namun, ia masih tertakluk kepada perbincangan yang dilakukan oleh pemilik premis dan juga penyewa untuk memuktamadkan tempoh sewaan dan juga jumlah sewaan yang ditetapkan.

Format Perjanjian

Butiran wajib yang perlu ada di dalam sesebuah penjanjian sewa kedai yang akan ditandatangani berikut:

  1. Nama pemilik premis dan penyewa
  2. Alamat premis untuk disewa
  3. Tarikh perjanjian ditandatangani
  4. Jumlah sewaan premis yang dipersetujui
  5. Tanggungjawab penyewa
  6. Tanggungjawab pemilik premis
  7. Persetujuan pemilik premis dan penyewa
  8. Tandatangan pemilik premis penyewa, dan saksi

Sama seperti perjanjian sewa kedai, pemilik premis perlu memastikan duti setem diletakkan di dalam perjanjian tersebut bagi memastikan perjanjian tersebut rumah adalah sah.

Contoh Perjanjian

Dua contoh perjanjian yang boleh dijadikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti di bawah:

i) Contoh perjanjian 1 (Bahasa Melayu)

ii) Contoh Perjanjian 2 (Bahasa Inggeris)

Bacaan Lanjut

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai penyewaan premis termasuk rumah dan kedai, sila layari pautan berikut iaitu https://www.propertyguru.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!