SISPPA : Tarikh Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) 2021
SISPPA : Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam telah dinaik taraf kepada versi 2.0 berdasarkan keputusan Mesyuarat JKKP Bilangan 1 Tahun 2017.
Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam menyediakan kemudahan kepada Penjawat Awam dalam urusan peperiksaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.
Modul Utama Sistem SISPPA
Terdapat 3 modul utama di dalam sistem ini iaitu:
- Modul Permohonan
- Modul Semakan Status Permohonan
- Modul Semakan Keputusan
Tarikh Permohonan Menduduki PPA KPM Sesi 1 Tahun 2022
Sukacita dimaklumkan, permohonan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2022 bagi Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 yang belum disahkan jawatan akan dibuka mulai: 6 Disember 2021 – 31 Januari 2022
Calon lantikan baharu / mengulang perlu membuat pendaftaran bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
Cara Membuat Permohonan
Sila rujuk langkah-langkah dibawah untuk login ke sistem SISPPA 2.0:
A. Login Pengguna Baharu
- Untuk memohon, anda boleh layari laman web rasmi SISPPA di pautan berikut: https://sisppa.moe.gov.my
- Kemudian, klik ‘Daftar’.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Sekiranya notis ‘Tiada Data’ dipaparkan, sila hubungi pentadbir sistem melalui email dengan menyertakan maklumat berikut:
- Nama penuh
- No kad pengenalan
- Jawatan
- Senarai nama pentadbir sistem boleh didapati melalui menu “Hubungi Kami”
B. Login Pengguna Berdaftar (Calon Lama)
- Untuk memohon, anda boleh layari laman web rasmi SISPPA di pautan berikut: https://sisppa.moe.gov.my
- Kemudian, klik ‘Log Masuk’.
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang sama seperti portal SISPPA 1.0 sebelum ini.
- Ruang e-mel tidak perlu diisi.
- Sistem akan menyatakan bahawa calon perlu menukar kata laluan baharu.
- Sila tukar kata laluan dan log masuk menggunakan kata laluan baharu.
Manual
Anda boleh memuat turun manual pengguna di pautan berikut:
- https://sisppa.moe.gov.my/uploads/admin/Manual_Log_Masuk_Pentadbir.pdf
- https://sisppa.moe.gov.my/uploads/admin/Manual_Calon_SISPPA_V2.pdf
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi :
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Perkhidmatan, Sektor Penilaian Kompetensi, Aras 4, Blok C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 WP.Putrajaya
- No. Tel. : 03-8000 8000 (MyGCC)
- Talian alternatif : Urus setia mengikut jenis peperiksaan
- E-mel : [email protected]