Biz Nita | Cara Memohon Bantuan Peralatan Bagi Usahawan Perak (RM3,000)

Biz Nita | Cara Memohon Bantuan Peralatan Bagi Usahawan Perak (RM3,000) ~ Untuk makluman anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak mengalu-alukan usahawan wanita memohon bantuan peralatan bagi tujuan membangunkan perniagaan menerusi Biz Nita.

Biz Nita  

Biz Nita adalah merupakan sebuah program yang memperuntukkan bantuan peralatan dan bantuan tunai one off yang disalurkan khusus buat usahawan wanita di Negeri Perak. Program ini dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera.

PRE Perak Sejahtera pada tahun ini telah diluluskan dengan peruntukan RM23 juta mengikut portfolio Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, umum Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad. 

Biz Nita

Tarikh Permohonan

Kepada mana-mana usahawan wanita yang berminat untuk memohon bantuan ini, anda boleh membuat permohonan bermula 13 April 2022 sehingga 20 April 2022 secara atas talian (online).

Jumlah Bantuan

Melalui program ini, jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM3,000 bagi membeli bantuan peralatan perniagaan untuk usahawan wanita.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah wanita.
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.
  • Pemohon menetap di Negeri Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Pemohon berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan berniaga pemimpin tempatan.

Cara Memohon

  • Untuk memohon, sila layari pautan permohonan berikut:  https://forms.gle/atTaxb7cRrthht4t8. 
  • Pastika anda membaca syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia.
  • Dan, lengkapkan permohonan sehingga tamat.
  • Klik  ‘Submit’ untuk menghantar permohonan anda.

Maklumat lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Wanita Perak di talian dan email berikut: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!