BSN MyAuto/i : Kempen Tahun Baru 2022 Pembiayaan Kereta Baru Nasional

Kempen tahun baru BSN MyAuto/i 2022, pembiayaan pembelian kereta baru nasional minima RM25000. Warganegara yang berusia 21 tahun dan keatas berhajat untuk memiliki kereta baru nasional kini boleh membuat permohon dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kempen ini adalah sempena tahun baru 2022. Tarikh promosi sah dari 1 Febuari sehingga 31 Mei 2022

 

Apa Itu BSN MyAuto/i

bsn myauto i

Kemudahan ini diberikan kepada anda untuk membiayai sebahagian pembelian kenderaan. Setelah kemudahan diluluskan, suatu Perjanjian Sewa Beli akan dibuat di antara anda sebagai penyewa dan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai pemilik kenderaan tersebut. Kenderaan adalah milik BSN sehinggalah penyelesaian sepenuhnya pembayaran sewa beli. Kadar faedah bagi kemudahan Sewa Beli dikira berdasarkan kadar tetap atau terapung bagi tempoh kemudahan tersebut. Tempoh maksimum bagi kemudahan tersebut adalah 9 tahun sahaja. Operasi pembiayaan Sewa Beli kenderaan ini adalah di bawah kawalan Akta Sewa Beli 1967

Baca juga : Pembiayaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) Sehingga RM300,000

Konsep Syariah (BSN MyAuto-i)

Berdasarkan kontrak Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB), yang merujuk pada dua kontrak; iaitu Ijarah dan Bai’, di mana perjanjian tersebut diambil secara berasingan dan mengikut turutan. Di bawah kontrak pertama, penyewa menyewa barangan dari pemilik barangan pada kadar dan tempoh sewaan yang dipersetujui. Selepas tamat tempoh sewaan, penyewa boleh memasuki kontrak kedua untuk membeli barangan tersebut dari pemilik barang pada harga yang dipersetujui.

 

Tempoh Kempen

1 Februari 2022 – 31 Mei 2022

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 65 tahun (tertakluk pada umur persaraan semasa tamat pembiayaan).
  • Bekerja di sektor kerajaan dan swasta.
  • Pendapatan minimum RM3,000 sebulan.
  • Khas untuk kereta buatan tempatan baharu kecuali kereta utiliti buatan tempatan baharu. (SUV).

 

Dokumen Diperlukan

  • Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang);
  • Salinan slip gaji untuk tiga (3) bulan terkini; dan
  • Salinan Lesen Memandu yang sah minima lesen L

Kadar Keuntungan

  • 3 sehingga 5 tahun    ~   2.65%
  • 6 sehingga 7 tahun     ~ 2.75%
  • 8 sehingga 9   tahun  ~  2.85%

 

Kadar Keuntungan khas untuk kereta buatan tempatan baharu kecuali kereta utiliti buatan tempatan baharu (SUV).

Pembiayaan BSN MyAuto/i

Margin Pembiayaan

  • Minimum RM25,000
  • Maksimum 90% dari harga atas jalan (OTR)

Senarai untuk kereta nasional baharu (kecuali kenderaan utility sukan (SUV)

  • Perodua -Myvi, Axia, Alza and Bezza
  • Proton- Saga, Iriz, Pesona and Exora

Cara Mohon

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BSN MyAuto/i, anda boleh layari laman web https://www.bsn.com.my/ atau hubungi talian 1300 88 1900

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!