Sukan SEA 2023 – Siaran Langsung & Kedudukan Pingat
Siaran Langsung Sukan SEA 2023 Kemboja & Kedudukan Pingat Terkini Malaysia
Sukan Asia Tenggara (SEA Games) ialah acara pelbagai sukan dwitahunan yang melibatkan atlet dari negara-negara di Asia Tenggara. Permainan ini menampilkan pelbagai jenis sukan, termasuk olahraga, renang, berbasikal, bola sepak, bola keranjang dan banyak lagi. Sukan SEA 2023 akan menjadi edisi ke-32 acara itu dan akan dihoskan oleh Kemboja. Ia dijangka menampilkan ribuan atlet dari seluruh Asia Tenggara, bersaing dalam pelbagai sukan dan disiplin. Sukan itu juga akan memberi peluang kepada atlet untuk mempamerkan bakat mereka dan mewakili negara mereka di pentas antarabangsa
Tuan Rumah Sukan SEA 2023
Kemboja merupakan tuan rumah bagi Sukan SEA edisi ke-32 bagi tahun 2023. Temasya sukan ini akan berlangsung bermula pada tarikh 5 Mei hingga 17 Mei 2023.
Slogan bagi sukan SEA Edisi Ke-32 adalah Sport – Live in Peace yang diilhamkan oleh rakyat kemboja yang menikmati keamaan dan kestabilan kerajaan kini. Sukan juga merupakan pemangkin kepada tranformasi sosioekonomi kerjaan
Sebanyak 11 negara menyertai keojahan ini yang terdiri daripada negara ;
- Brunei
- Kemboja
- Indonesia
- Laos
- Malaysia
- Myanmar
- Filipina
- Singapura
- Thailand
- Timor-Leste
- Vietnam
Maksud Logo Sukan SEA 2023
Logo Sukan SEA Kemboja 2023 mendapat inspirasi daripada sejarah dan warisan Kerajaan yang luar biasa-Angkor Wat. Tapak Warisan Dunia UNESCO bukan sahaja menjadi simbol dan identiti bagi negara Kemboja tetapi juga merupakan kebanggaan dan kegembiraan rakyat Kemboja. Warna emas dipilih sebagai warna utama logo untuk melambangkan kerajaan dan kemajuan berterusan dalam kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan.
Naga(naga) berada dalam logo kerana ia adalah pelindung dan memberikan kestabilan bagi Kerajaan Kemboja. Empat naga berwarna hijau, merah, merah, biru dan kuning, yang disatukan sebagai satu, menandakan perpaduan dan kepelbagaian dalam masyarakat Asia Tenggara. Empat warna tersebut mewakili kepelbagaian Komuniti Asia Tenggara yang bersatu sebagai satu melalui empat naga.
Senarai Sukan dipertandingkan di Sukan SEA 2023 Kemboja
Temasya sukan sea edisi 2023 kemboja menawarkan sebanyak 30 acara di pertandingkan iaitu ;
- Akuatik (Renang, Menyelam, Renang Artistik, Polo Air)
- Memanah
- Olahraga
- Badminton
- Bola keranjang
- Biliard dan Snuker
- Tinju
- Berkanu
- Berbasikal (Jalan Raya, Trek, Basikal Gunung, BMX)
- penunggang kuda
- Pagar
- bola sepak
- Golf
- Gimnastik (Artistik, Berirama, Aerobik)
- bola baling
- hoki
- Judo
- Karate
- Kickboxing
- Muaythai
- Pencak Silat
- Mendayung
- Ragbi
- belayar
- Sepak Takraw
- Menembak
- Softball
- Skuasy
- Pingpong
- Taekwondo
- Tenis
- Lumba Perahu Tradisional
- Triatlon
- Bola Tampar (Dalam Ruangan, Pantai)
- Angkat berat
- Gusti.
Sasaran Pinggat Kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia mengumumkan sasaran pingat ke di Kemboja iaitu 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa. Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh selepas Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengendalikan sesi libat urus bersama semua persatuan sukan kebangsaan yang bertanding dalam temasya dwitahunan edisi ke-32.
Malaysia akan terlibat dalam 33 jenis sukan yang dipertandingkan dan menyertai 340 acara. Jumlah atlit dan pegawai yang terlibat bagi kontingen Malaysia pada temasya sukan sea Kemboja 2023 ini melibatkan seramai 677 orang atlet, yang terdiri daripada 402 orang lelaki dan 275 orang wanita serta 251 orang pegawai.
Kontinjen Malaysia di ketuai oleh Datuk Mohd Nasir Ali manakala atlet Karate, En. Sharmendran Ragonathan telah di berikan tanggungjawab sebagai Pembawa Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia bagi Majlis Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 pada 5 Mei 2023.
Ranking & Jumlah Pungutan Pingat Kontinjen Malaysia Sukan SEA 2023
Berikut carta dan kedudukan terkini kontinjen Malaysia setakat ini
Bola Sepak Kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2023
Bagi pasukan bola sepak Malaysia, FAM telah mengesahkan 20 senarai akhir pemain Harimau Malaya B-22 Ke Sukan Sea 2023 Di Phnom Penh, Kemboja Bermula 3 Mei Ini
Berikut adalah senarai akhir 20 pemain Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan yang telah terpilih bagi mengharungi kempen Kumpulan B bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja bermula 3 hingga 16 Mei ini.
PENJAGA GOL
- Sikh Izhan
- Azim Al Amin
PERTAHANAN
- Ruventhiran
- Harith haiqal
- Zikri khalili
- Azam azmi murad
- Safwan mazlan
- Azrin afiq
- Ubaidullah shamsul
TENGAH
- Syahir Bashah
- Mukhairi ajmal
- Aiman Afif
- Najmudin Akmal
- Daryl Sham
- Adam Farhan
- Muslihuddin atiq
- T.Saravanan
PENYERANG
- Aliff izwan
- Fergus tierney
- Haqimi azim
Skuad muda negara membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 pada 3 Mei 2023 kemudian menentang Thailand B-22 (6 Mei 2023), Vietnam B-22 (8 Mei 2023) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei 2023 di mana kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Prince.
Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei 2023 dan aksi final serta penentuan tempat ke-3/4 berlangsung pada 16 Mei 2023.
Siaran Langsung Sukan SEA 2023
Bagi peminat sukan di Malaysia, anda boleh menyaksikan siaran langsung temasya sukan ini menerusi RTM TV Okey dan Sukan RTM. Untuk live streaming, anda juga boleh melayari https://rtmklik.rtm.gov.my/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2023 Kemboja anda boleh juga mendapatkan liputan dan laporan langsung menerusi facebook Majlis Sukan Negara di
https://www.facebook.com/majlissukannegaramalaysia