Baucar Buku Semarak Membaca RM10 | Cara Tebus & Syarat Kelayakan
Baucar Buku Semarak Membaca RM10 | Cara Tebus & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia dengan berbesar hati telah melancarkan program Baucar Buku Semarak Membaca pada 1 April 2022 yang lepas.
Baucar Buku Semarak Membaca
Baucar Buku Semarak Membaca ini adalah merupakan inisiatif di bawah Program Semarak Seni Budaya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia.
Tujuan program ini adalah untuk memulihkan serta merancakkan ekosistem seni, budaya dan warisan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Berikut ialah antara objektif program ini dilakukan:
- Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan.
- Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku.
Tarikh Tamat Penebusan
Program ini telah bermula pada 1 April 2022, dan akan berakhir pada 31 ogos 2022.
Syarat Penebusan
- Perbelanjaan minimum RM20 ke atas dalam satu resit
- Penerima secara automatik berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan layak akses bahan bacaan digital secara percuma
Kategori Kedai Buku Boleh Di Tebus
Penebusan baucar buku boleh dibuat di 371 buah kedai buku dan merangkumi 3 kategori,antaranya adalah:
- Kedai buku fizikal.
- Kedai buku atas talian menerusi e-Sentral Ebook Portal.
- Kedai buku di laman e-dagang menerusi aplikasi Shopee.
Cara Penebusan
- Penebusan Di Kedai Buku Secara Fizikal
Sebanyak 170 kedai buku terpilih dari seluruh pelusuk negara untuk mengambil bahagian dalam program ini. Rujuk sini: https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/
Para pembaca boleh dapatkan diskaun RM10 secara terus di kedai-kedai buku ini secara berperingkat. Bermula 1 April sehingga 11 April 2022 mengikut lokasi-lokasi tertentu.
- Penebusan Di Kedai Buku Secara Talian
Anda boleh menebus baucar ini melalui aplikasi e-Sentral. Anda hanya perlu muat turun aplikasi pembaca eSentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore untuk mula membaca.
e-Sentral adalah merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. Sehingga tahun 2022, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.
Pengguna kini boleh mendapatkan bahan bacaan digital mereka dimana sahaja, pada bila- bila masa sejajar dengan era norma baharu.
NOTA: Tebus baucar bernilai RM 10 dengan setiap pembelian eBuku khusus daripada penerbit tempatan bernilai RM 20 dan ke atas bersempena dengan kempen Semarak Membaca 2022.
- Penebusan Di Kedai Buku Secara e-dagang
Sebanyak 200 syarikat e-dagang ada menawarkan tebusan. Rujuk sini: https://shopee.com.my/m/pesta-buku-2022
Atau, anda boleh membeli mengikut senarai kedai buku pilihan anda di pautan berikuti: https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi/layari:
- Tel: +603-7880 5840
- Fax: +603-78805841
- E-mel: [email protected]
- Facebook: SemarakMembaca
- Instagram: SemarakMembaca