Bantuan Wang Ihsan RM1000/keluarga Terjejas Banjir
Bantuan Wang Ihsan RM1000/keluarga Terjejas Banjir ~ Dalam sidang media Perdana Menteri mengenai perkembangan & bantuan mangsa banjir di Selangor, Kuala Lumpur & negeri-negeri berkenaan pada 19 Disember 2021 yang lalu, kerajaan bersetuju untuk menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.
Pengumuman terkini ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sidang media tersebut.
Bantuan Wang Ihsan Sebanyak RM1000/keluarga
Bantuan ini melibatkan Bantuan Wang Ihsan; setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan tunai sebanyak RM1000.
Perdana Menteri DS Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan kepada kakitangan awam yang terkesan dengan insiden banjir susulan hujan lebat sejak kelmarin dan berharap tindakan sama dibuat pihak swasta kepada pekerja yang terlibat dalam bencana tersebut.
Selain itu, GLIC dan GLC juga akan bekerjasama dengan kerajaan bagi menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik, terutamanya di negeri terjejas teruk seperti Selangor, Perak, Kelantan dan Pahang.
Intipati Penting Sidang Media Untuk Bencana Banjir
Berikut ialah antara rangkuman intipati dalam sidang media (19 Disember) :
- Setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima bantuan sumbangan RM1,000
- Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain
- Kerajaan bersetuju beri cuti kecemasan akibat bencana kepada penjawat awam terkesan banjir
- Majikan swasta disaran beri cuti dan tidak memotong gaji atau cuti tahunan pekerja terjejas
- Perlu ada pasukan Kementerian Kesihatan di setiap Pusat Pemindahan Sementera
Maklumat Lanjut/Terkini Mengenai Info Banjir
Sehubungan dengan itu, orang awam digalakkan untuk melayari laman web Public Info Banjir untuk mengetahui maklumat terkini mengenai banjir.
Sila layari laman web yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini untuk maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia di pautan berikut: https://publicinfobanjir.water.gov.my/