Zakat Selangor : Cara Memohon Bantuan Banjir RM600 (LZSPeduli)

Zakat Selangor : Cara Memohon Bantuan Banjir RM600 (LZSPeduli) ~ Sukacita dimaklumkan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukkan sejumlah bantuan zakat (LZSPeduli) untuk membantu meringankan beban keluarga yang terjejas banjir terutamanya baru-baru ini.

Zakat Selangor

Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 (LZSPeduli)

Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 (LZSPeduli) adalah merupakan salah satu inisiatif pihak Lembaga Zakat Selangor untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

Bantuan akan diberikan sebanyak RM600 secara one-off. Penduduk / pemastautin Selangor yang berkelayakan boleh membuat permohonan bantuan secara dalam talian melalui Portal Lembaga Zakat Selangor mulai 23 hingga 30 Disember 2021 ini.

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan umum agihan zakat:-

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

*Nota: Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan

Cara Membuat Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor

A. Permohonan secara individu (ketua keluarga)

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal LZSPeduli.
  • Anda dikehendaki memuat naik (upload) dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

B. Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal LZSPeduli.
  • Anda dikehendaki memuat naik (upload) dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Tarikh Kelulusan & Bayaran

Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-

  • Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas

Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga akan dipertimbangkan. Sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

Semakan Status Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli

Status permohonan Bantuan Bencana LZS boleh disemak melalui pautan ini: Sistem eZakatONLINE

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor (1-300-88-4343) atau layari: https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!