Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2023/2024

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2023/2024 ~ Berikut dikongsikan senarai kedudukan universiti di Malaysia daripada Times Higher Education University Ranking 2023 & QS World University Ranking 2024.

Menerusi edisi tahunan ke-19 oleh Times Higher Education World University Rankings, didapati universiti dari Amerika Syarikat menunjukkan pengurangan dalam 100 universiti terbaik dunia. Sementara itu, beberapa negara Asia dan Timur Tengah menunjukkan kemajuan yang ketara.

Times Higher Education (THE) telah menjadi penanda aras bagi mengenalpasti perubahan dalam inovasi global dan ekonomi pengetahuan semasa.

Mengambil kira 13 metrik prestasi yang berasing, THE World University Rankings merangkumi rangkaian penuh misi teras universiti penyelidikan, pengajaran, pemindahan pengetahuan serta pandangan antarabangsa.

Edisi 2023 diterbitkan berdasarkan analisis daripada lebih 15.5 juta penerbitan kajian, lebih 112 juta petikan dalam penerbita serta tinjauan daripada lebih 40,000 ahli akademik di seluruh dunia bagi menilai reputasi akademik setiap universiti.

Beberapa faktor lain turut diambil kira seperti pendapatan institusi, demografi fakulti, pengambilan bakat pelajar antarabangsa serta kerjasama dalam penyelidikan.

Dalam ranking 2023, 10 tangga teratas didominasi oleh universiti terkemuka dari United Kingdom dan Amerika Syarikat iaitu :

  1. University of Oxford (UK)
  2. Harvard University (UK)
  3. University of Cambridge (UK)
  4. Stanford University (US)
  5. Massachusetts Institute of Technology (US)
  6. California Institute of Technology (US)
  7. Princeton University (US)
  8. University of California, Berkeley (US)
  9. Yale University (US)
  10. Imperial College London (UK)

Dalam senarai tersebut, beberapa negara Asia menunjukkan peningkatan dalam kedudukan 100 teratas dunia.

China yang sebelum ini mempunyai 2 universiti dalam senarai 100 teratas telah meningkat kepada 7 manakala Hong Kong mempunyai 5 universiti, Korea Selatan 3 universiti serta Singapura dan Jepun masing-masing memiliki 3 kedudukan.

Berikut dikongsikan senarai 10 universiti terbaik di Asia menurut Times Higher Education World University Rankings 2023.

  1. Tshinghua University (China)
  2. Peking University (China)
  3. National University of Singapore (Singapura)
  4. University of Hong Kong (Hong Kong)
  5. Nanyang Technological University, Singapore (Singapura)
  6. The University of Tokyo (Jepun)
  7. Chinese University of Hong Kong (Hong Kong)
  8. Fudan University (China)
  9. Shanghai Jiao Tong University (China)
  10. Seoul National University (Korea Selatan)

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2023 (THE World University Rankings)

Berikut pula dikongsikan 10 universiti terbaik di Malaysia mengikut carta THE Times Higher Education World University Rankings 2023:

  1. Universiti Malaya UM (351-400)
  2. Universiti Teknologi Petronas UTP (401-500)
  3. Universiti Utara Malaysia UUM (401-500)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia UKM (601-800)
  5. Universiti Putra Malaysia UPM (601-800)
  6. Universiti Sains Malaysia USM (601-800)
  7. Universiti Teknologi Malaysia UTM (601-800)
  8. Universiti Malaysia Pahang UMP (801-1000)
  9. Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI (801-1000)
  10. Sunway University (801-1000)
Ranking Universiti Malaysia 2023

Senarai Universiti Malaysia Terbaik (QS World University Ranking 2023)

QS World University Rankings adalah penerbitan kedudukan tahunan universiti yang dijalankan oleh Quacquarelli Symonds (QS).

Sistem QS kini terdiri dari keseluruhan dan juga terdiri dari subjek peringkat global, bersama lima rantau bebas (Asia, Amerika Latin, Eropah dan Asia Tengah, Wilayah Arab, dan BRICS).

Ini ialah satu-satunya kedudukan antarabangsa yang telah menerima persetujuan dari International Ranking Expert Group (IREG),dan dari jenis yang dipandang sebagai salah satu yang paling banyak dibaca, bersama dengan Academic Ranking of World Universities dan Times Higher Education World University Rankings.

Berikut disertakan senarai universiti tempatan terbaik bagi tahun 2022/2023 :

  1. Universiti Malaya (70)
  2. Universiti Putra Malaysia (123)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (129)
  4. Universiti Sains Malaysia (143)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (203)
  6. Taylor’s University (284)
  7. UCSI University (284)
  8. Universiti Teknologi Petronas (361)
  9. Universiti Utara Malaysia (481)
  10. Management and Science University (601-650)

QS World University Ranking 2024

Pada 27 Jun 2023, QS World University Ranking 2024 telah dikongsikan untuk ribuan universiti serata dunia termasuk Malaysia.

Dalam senarai tersebut, 10 universiti terbaik dunia terkini ialah :

  1. Massachusetts Institute of Technology (MIT) 
  2. University of Cambridge 
  3. University of Oxford 
  4. Harvard University 
  5. Stanford University 
  6. Imperial College London 
  7. ETH Zurich – Swiss Federal Institute of Technology 
  8. National University of Singapore (NUS) 
  9. University College London (UCL) 
  10. University of California, Berkeley (UCB) 

Kebanyakan universiti yang disenaraikan ini menerima markah 100 bagi ‘Reputasi Akademik’, ‘Reputasi Majikan’ dan ‘Nisbah Fakulti / Pelajar’.

Seperti yang tersenarai, Universiti Nasional Singapura (NUS) didapati sebagai satu-satunya universiti daripada Asia yang mengungguli carta 10 teratas.

Baca Juga : Permohonan USAS Online 2023 Universiti Sultan Azlan Shah

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2024 (QS World University Ranking)

Secara umumnya, senarai universiti terbaik di Malaysia mengikut ranking terkini 2023/2024 daripada QS World University Rankings adalah :

  1. Universiti Malaya (65)
  2. Universiti Sains Malaysia (137)
  3. Universiti Putra Malaysia (158)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (159)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (188)
  6. Taylor’s University (284)
  7. UCSI University (300)
  8. Universiti Teknologi Petronas (307)
  9. Universiti Utara Malaysia (538)
  10. Universiti Teknologi MARA (555)
Ranking Universiti Malaysia 2023

Berdasarkan infografik yang dikongsikan, didapati Universiti Malaya mencatatakan peningkatan 5 anak tangga ke kedudukan 64 bagi tahun 2024.

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) pula mencatatkan peningkatan sebanyak 6 anak tangga dan mengungguli ke-137 terbaik dunia bagi tahun 2024.

Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun sebelumnya.

Taylor’s University yang menduduki tangga ke-284 dalam carta berada dalam kedudukan ke-6 bagi senarai universiti terbaik di Malaysia. Mengungguli kedudukan yang sama seperti tahun lepas, ini sekaligus menjadikan Taylor’s University sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia bagi tahun 2024.

Sumber : Laman web rasmi QS

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!