Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tajaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri

Penduduk MBIP kini boleh memohon bantuan melanjutkan pelajaran ke IPT melalui tajaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri

Sukacita di maklumkan Kerajaan Negeri Johor, melalui Yayasan Penyayang Iskandar Puteri menawarkan peluang berupa bantuan melanjutkan pelajaran ke IPT kepada semua komuniti yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang akan menyambung pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi . Tawaran ini terbuka kepada golongan yang berpendapatan Isi Rumah RM 3860.00 Dan Ke Bawah (B40)

Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP)

YPIP sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Penyayang MPJBT adalah sebuah badan di bawah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (sebelum ini Majlis Perbandarah Johor Bahru Tengah (MPJBT)). Ditubuhkan pada Mac 2015 bagi mengisi keperluan membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar kawasan Iskandar Puteri.

YPIP telah berpindah daripada Banguan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ke bangunan baru di Taman Nusa Sentral, Gelang Patah. Segala Urusan berkaitan YPIP boleh hadir ke Pejabat baru kami.

Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tajaan YPIP

Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT yayasan penyayang iskandar puteri

Berikut maklumat mengenai bantuan pendidikan tajaan YPIP ;

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan hendaklah di buat sebelum atau selewatnya pada 22 September 2022


Syarat-Syarat Permohonan

  • Pemohon Adalah Warganegara Yang Tinggal Dalam Kawasan MBIP.
  • Kemasukan Pengajian Ke Semester Pertama Di Peringkat DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA.
  • Telah Mendapat Surat Tawaran Melanjutkan Pelajaran ke IPT.
  • Lepasan SPM/STAM/STPM.
  • Hanya Terbuka kepada Golongan Yang Berpendapatan Isi Rumah RM 3860.00 Dan Ke Bawah (B40).


Cara Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT

Permohonan untuk bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan dengan cara
  2. Lengkapan maklumat permohonan
  3. Sediakan salinan dokumen yang perlu disertakan.
  4. Hantar borang permohonan ke alamat:

    Yayasan Penyayang Iskandar Puteri,
    Aras 3, Wisma MBIP,
    81300 Skudai,
    Johor Darul Takzim.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

  • Salinan surat tawaran ke IPTA/IPTS.
  • Salinan keputusan SPM/STAM/STPM.
  • Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua isi rumah.
  • Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT tajaan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri , anda boleh layari laman web http://www.yayasanpenyayangiskandarputeri.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!