Contoh Soalan PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 15 April 2020 susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.

PKSK adalah kaedah terbaharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus (SK) iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV),
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Ini bermakna, kemasukan ke SK adalah melalui atu sistem permohonan kemasukan murid yang dibangunkan secara single entry point secara dalam talian menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Proses Pengambilan

Proses pengambilan ke SK yang ditetapkan oleh KPM adalah seperti berikut:

  1. Permohonan
  2. PKSK
  3. Pemilihan
  4. Tawaran
  5. Rayuan

Format PKSK

Format PKSK dan peratusan skor yang digunakan oleh KPM adalah seperti berikut:

PerkaraBahagian A
(Kecerdasan Insaniah)
Bahagian B
(Kecerdasan Intelek)
Bahagian C
(Artikulasi Penulisan)
KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)
Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektif
Cakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
Pecahan Skor20%70%10%

Tarikh Pelaksanaan PKSK

Tarikh pelaksanaan PKSK bagi tahun 2021 untuk kemasukan tahun 2022 akan diumumkan oleh KPM.

Contoh Soalan PKSK

Bagi bahagian A, murid-murid akan diuji tahap kecerdasan insaniah mereka yang dijawab secara atas talian.

Bahagian ini memperuntukkan skor sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan skor.

Antara contoh-contoh soalan PKSK bagi bahagian A yang dijangka ditanya adalah seperti berikut:

Untuk bahagian B pula, murid-murid akan diuji kecerdasan intelek mereka dalam menjawab soalan.

Bahagian ini merupakan bahagian terpenting kerana bahagian ini adalah penyumbang terbesar skor markah iaitu 70%.

Antara contoh-contoh soalan PKSK bagi bahagian B yang dijangka ditanya adalah seperti berikut:

Bagi Bahagian C pula, murid-murid akan diuji dengan artikulasi penulisan dengan skor markah hanya 10% sahaja.

Antara contoh-contoh soalan PKSK Bahagian C yang mungkin akan ditanya adalah seperti:

  1. Apakah yang dimaksudkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ceritakan pengalaman anda ketika PKP berlaku?
  2. Apakah wabak COVID-19 dan bagaimanakah anda dapat menghindari wabak tersebut?
  3. Wabak COVID-19 telah memberikan kesan buruk kepada ekonomi dan sosial. Bincangkan.
  4. Penularan wabak COVID-19 telah menyaksikan kita perlu membudayakan norma baharu dalam kehidupan. Bincangkan.
  5. Penularan wabak COVID-19 telah memberikan banyak pengajaran kepada saya. Bincangkan.
  6. Pembelajaran secara online lebih mudah berbanding pembelajaran secara bersemuka. Bincangkan.
  7. Gajet memberikan kesan buruk kepada remaja. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
  8. Kesedaran penjagaan alam sekitar semakin terhakis dalam kalangan masayarakat. Bincangkan kesan-kesan buruk sekiranya alam sekitar tidak dipelihara.
  9. Penggunaan media sosial semakin meningkat dalam kalangan remaja. Bincangkan keburukan dan kebaikan media sosial bagi pandangan anda.
  10. Bagaimanakah anda menjaga kesihatan diri dan keluarga anda?

Maklumat Mengenai PKSK

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PKSK, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pksk.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!