HLB Connect – Daftar & Login Akaun Hong Leong Bank Online

HLB Connect Login akaun hong leong bank online dengan mudah dan selamat di mana sahaja. Pelanggan perbankan peribadi Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) dengan akaun aktif layak mendaftar untuk perbankan online HLB Connect.

Hong Leong Bank online menawarkan perkhidmatan pembayaran bil dalam talian yang mudah kepada semua bil utama di Malaysia melalui JomPAY. Pelanggan HLB dan HLISB boleh memnuat pembayaran sehingga 5 jenis bil kegemaran dalam satu transaksi daripada akaun Kad Simpanan, Semasa atau Kredit HLB anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan Perbankan Dalam Talian HLB Connect

Apa Itu HLB Connect

Hong Leong Connect atau HLB Connect adalah perkhidmatan perbankan digital yang ditawarkan oleh HLB & HLISB (Bank) bagi pelanggan perbankan peribadi. Bank menawarkan perkhidmatan perbankan HLB Connect Online melalui pelayar internet & perkhidmatan perbankan mudah alih HLB Connect App melalui iOS 8.0 ke atas (telefon pintar dan tablet) dan telefon pintar Android dengan OS 6 dan ke atas dan Huawei dengan OS 4.1.2.

Perbankan Hong Leong Bank Berhad online bank ini boleh diakses 24 jam sehari. Walau bagaimanapun, terdapat selang penyelenggaraan selama 15 minit antara pukul 11.55pm – 12.10am di mana pengguna hanya boleh melihat baki akaun dan membuat pemindahan dana ke akaun sendiri atau akaun Hong Leong yang lain.

Cara Daftar Akaun Hong Leong Bank Online Bagi HLB Connect Online / App

hlb connect register

Kepada pelanggan perbankan peribadi Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) anda boleh mendaftar secara online di https://s.hongleongconnect.my/rib/app/fo/sec/reg

Sebelum mendaftar, sila pastikan bahawa:

  • i. Anda telah mendaftar nombor mudah alih semasa anda untuk menerima TAC.
  • ii.Anda juga memerlukan ID Sementara jika anda
    • tidak mempunyai Kad Debit/Kad Debit-i atau Kad Kredit Hong Leong, DAN
    • mempunyai kombinasi produk yang termasuk akaun Pinjaman / Pembiayaan-i (contoh: akaun Simpanan dan Pinjaman Perumahan).

Nota: Sila kunjungi mana-mana cawangan kami untuk mengemaskini nombor mudah alih anda atau memohon ID Sementara.

  • iii.  Apabila siap, sila layari www.hongleongconnect.my dan klik “Register for Online Banking” untuk mula.

Pemegang Kad Debit/Kad Debit -i or Kad Kredit juga boleh memuat turun dan mendaftar melalui Aplikasi HLB Connect. Hanya imbas kod QR untuk memuat turun Aplikasi HLB Connect.

  • iv. Masukkan nombor ID anda dan TAC enam digit yang dihantar melalui nombor mudah alih yang didaftarkan, kemudian ikuti langkah-langkah untuk melengkapkan pendaftaran. Anda akan ditanya tentang butiran Kad Debit/Kad Debit-i, Kad Kredit atau akaun anda untuk pengesahan.

Cara Login Pertama Kali

Untuk log masuk ke HLB Connect buat kali pertama :

  • Layari website www.hongleongconnect.my
  • Klik pada butang “Log Masuk”.
  • Pilih “Pengguna Baru”.
  • Masukkan nama penuh, nombor ID dan nombor telefon bimbit anda.
  • Masukkan kata laluan sekali sahaja (OTP) yang dihantar ke nombor mudah alih anda.
  • Buat nama pengguna dan kata laluan.
  • Klik pada butang “Log Masuk”.

Untuk log masuk ke akaun Hong Leong Bank (HLB) anda, anda boleh mengikuti langkah berikut:

hlb connect login
  • Pergi ke laman web HLB dan klik pada butang “Log Masuk”.
  • Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
  • Klik pada butang “Log Masuk”.

Terlupa Kata Laluan Login HLB Connect?

hlb connect terlupa kata laluan

Anda perlu set semula Nama Pengguna / Kata Laluan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Jika anda terlupa nama pengguna atau kata laluan anda, anda boleh klik pada pautan “Lupa Nama Pengguna/Kata Laluan?”.
  • Anda akan diminta memasukkan nombor telefon bimbit atau alamat e-mel anda yang didaftarkan.
  • Sebaik sahaja anda telah memasukkan nombor mudah alih atau alamat e-mel anda, anda akan menerima kata laluan sekali sahaja (OTP) pada peranti berdaftar anda. Masukkan OTP dan klik pada butang “Serah”.

Untuk ciri keselamatan tambahan, selain cara login akaun HLB Connect menggunakan password, anda juga boleh log in ke akaun HLB anda menggunakan cap jari atau ID muka anda.

Untuk mengaktifkan ciri keselamatan login mengunakan cap jari atau id muka, anda perlu memasang aplikasi pada peranti mudah alih anda. Setelah anda memasang aplikasi tersebut, buka aplikasi dan log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan anda. Sebaik sahaja anda telah log masuk, anda akan dapat mendayakan cap jari atau pengesahan ID muka.

Hong Leong Connect App

Untuk versi mobile phone, pengguna boleh muat turun Aplikasi HLB Connect melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery. Cari ‘HLB Mobile Banking App’ atau ‘Hong Leong Connect Malaysia’ untuk muat turun.

Untuk mengakses aplikasi, telefon pintar anda perlu beroperasi menggunakan iOS 8.0 dan ke atas atau telefon pintar Android dengan OS 6 ke atas dan Huawei dengan OS 4.1.2.

Bagi penguna tablet, Anda boleh menggunakan Aplikasi Connect yang baharu pada Apple iPad tetapi tidak pada tablet Android.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang HLB Connect, anda boleh menghubungi hong leong bank customer service melalui;

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!