Harga Roti Gardenia Terkini | Kenaikan Harga Bermula 1 Dis 2021

Harga Roti Gardenia Terkini | Kenaikan Harga Bermula 1 Dis 2021 ~ Walaupun gaji minima masih lagi dalam kajian/perbincangan, harga barang-barang keperluan termasuklah makanan kian meningkat. 

Bermula 1 Disember ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd akan menaikkan harga bagi produk-produk roti Gardenia. Tular di media sosial, rakyat mulai bising ekoran kenaikan harga roti kegemaran ramai ini. Nilai kenaikan bermula dari 10 sen sehingga  45 sen bergantung jenis roti.

Kenaikan ini berlaku kerana  peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan juga kos pembungkusan.

Hal ini menyebabkan pihak Gardenia berada dalam keadaan sukar dan menyemak semua harga (price revision) untuk memastikan kelangsungan syarikat. 

Sejak pandemik Covid19, harga bahan mentah mulai naik dan memberi kesan yang besar kepada pihak Gardenia KL; bertahan untuk mengekalkan harga.  Namun, peningkatan kos bahan mentah yang berbeza pada kali menyebabkan kenaikan harga berlaku. 

Produk Gardenia Naik Harga Bermula 1 Disember

Kenaikan harga roti Gardenia ini melibatkan melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.

Antara produk Gardenia yang terlibat ialah; rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

Sebanyak 38 jenis produk roti Gardenia yang akan naik harga bermula 1 Disember ini. *berdasarkan senarai yang tular dimedia sosial. 

harga roti gardenia

Selain kenaikan harga roti Gardenia, kenaikan harga sayur-sayuran per kilogram juga turut memberi kesan kepada orang ramai memandangkan sayur merupakan antara sumber makanan harian yang penting.

harga roti gardenia & sayur

Kenaikan harga berlaku diharapkan mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan tampil dengan solusi yang terbaik demi kesejahteraan semua pihak.

Kenaikan gaji minima adalah antara perkara yang banyak disuarakan oleh rakyat terutamanya ketika kenaikan harga barang mula terasa.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!