Affin Online Banking Cara Daftar, Login & Semak Baki

Panduan Affin Online Banking Cara Daftar, Login & Semak Baki

Affin online banking merupakan cara yang mudah dan selamat untuk mengurus kewangan anda dari mana-mana sahaja kawasan yang mempunyai askes talian internet. Bagi pelanggan Affin bank, dengan ciri-ciri kini, and boleh ;

  • Melihat baki dan transaksi akaun anda
  • Membuat pindahkan dana antara akaun
  • Membayar bil untiliti dan pelbagai
  • Mohon pinjaman dan kad kredit
  • Sediakan makluman dan pemberitahuan
  • Dan banyak lagi

Affin Bank Online Banking Registration

Untuk mendaftar bagi kemudahan perbankan dalam talian Affin Bank, anda boleh mendaftar dengan memilih mana-mana cara seperti berikut ;

  • Melalui kaunter khidmat pelanggan
  • Melalui mesin ATM

Cara daftar melalui ATM

  1. Pergi ke mesin ATM Affin Bank terdekat
  2. Masukkan kad ATM dan pin
  3. Pada bahagian menu, pilih Transaksi Lain atau Other
  4. Pilih menu Daftar Perbankan
  5. Pilih Perbankan Internet
  6. Tekan Agree
  7. Masukkan kata nama (username) yang mahu digunakan
  8. Masukkan kata kunci (password)

Cara daftar melalui kaunter khidmat pelanggan

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah menggunakan ATM untuk mendaftarkan akaun perbankan internet ini, anda boleh terus ke kaunter Affin Bank cawangan terdekat anda.

Untuk tujuan pengesahan, pastikan anda turut membawa bersama dokumen pengenalan diri dan kad ATM.

Baca juga : RHB Online Cara Aktifkan Akaun & Daftar di RHB Mobile Banking

Cara Login

Sebaik sahaja anda telah mendaftar untuk Perbankan Dalam Talian Affin, anda boleh log masuk ke akaun anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda. Anda kemudiannya boleh mengakses semua ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbankan Dalam Talian Affin.

Untuk log masuk ke akaun online bank Affin anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Affin Bank di pautan https://rib.affinonline.com/retail/
  2. Masukkan kata nama dan kata kunci
  3. Klik butang Login

Affin Online App

affin online app

Bagi pengguna aplikasi AffinSecure, anda boleh terus log masuk melalui aplikasi tersebut.

Sekiranya anda belum muat turun, anda boleh muat turun aplikasi Affin Oline menerusi pautan ;

  1. Play Store – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Cara Semak Baki Affin Bank Online

Selepas anda log masuk ke dashbord Affin Online Banking anda, anda kini boleh memyemak baki akaun anda,pemindahan dana, pembayaran bil, permohonan pinjaman dan kad kredit dan lain-lain

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Affin Online Banking, anda boleh menghubungi talian hotline perkhidmatan pelanggan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!