Piala Sudirman 2023 Live Final China vs Korea
Live Piala Sudirman 2023 Final China vs Korea 21 Mei 2023 jam 02:00pm di Astro Superspot 814.
China akhirnya berjaya ke final bertemu Korea pada hari ini untuk mementukan juara Piala Sudirman 2023 selepas kememenangan penuh dramatik ke atas Jepun di pusingan suku akhir dengan mata perlawanan itu 3-2 untuk mara ke final.
Kemenangan untuk China adalah kemenangan semula, kerana mereka tewas 2-1 selepas tiga perlawanan pertama. Ini adalah penampilan separuh akhir ketiga berturut-turut China dalam Piala Sudirman. Mereka akan menentang Korea Selatan pada perlawanan akhir pada 21 Mei 2023.
Perlawanan akhir Piala Sudirman 2023, antara China dan Korea Selatan akan berlangsung pada 21 Mei 2023, di Pusat Sukan Olimpik Suzhou di Suzhou, China. China perlu memenangi perlawanan ini jika mahu merebut gelaran Piala Sudirman ke-13 mereka. Manakala Korea jika memenangi Piala Sudirman Edisi 2023 ini, akan menjadikan kemenangan ke-4 buat mereka
Piala Sudirman 2023 Live China vs Korea
Siaran langsung pusingan akhir live Piala Sudirman 2023 antara China dan Korea boleh di tonton menerusi Astro Supersport 814 pada hari ini jam 02:00pm waktu Malaysia
Analisis Rekod Pertemuan China vs Korea
Berikut rekod pertembungan akhir di antara pemain China dan juga Korea yang akan berkasi di Pusingan Akhir Piala Sudirman 2023
1 XD
ZHENG Si Wei/HUANG Ya Qiong – SEO Seung Jae/CHAE Yu Jung
Ranking : 1-5
Rekod : 8-0
Perlawanan terakhir di YONEX All England Open Badminton Championships 2023, Zheng/Huang menang dengan keputusan 21-16 16-21 21-12
2 MS
SHI Yu Qi – LEE Yun Gyu
Ranking : 10-213
Rekod : 0-0
Perlawanan akhir : – Tiada
3 WS
CHEN Yu Fei – AN Se Young
Ranking : 4-2
Rekod : 8-4
Perlawanan akhir di kejohanan KHILADIX.COM Dubai Badminton Asia Championships 2023 powered by FLOKI, Chen kalah 21-16 11-21 19-21
4 MD
LIANG Wei Keng/WANG Chang – KIM Won Ho/NA Sung Seung
Ranking : 6-803
Rekod : 0-0
Perlawanan akhir : – Tiada
5 WD
CHEN Qing Chen/JIA Yi Fan – BAEK Ha Na/LEE So Hee
Ranking : 1-5
Rekod : 1-1
Perlawanan akhir : YONEX French Open 2022, Chen/Jia kalah 16-21 21-23
Maklumat Lanjut
Bagi peminat sukan badminton, jangan terlepas untuk menyaksikan Piala Sudirman 2023 Live Final China vs Korea. Maklumat penuh perlawanan juga anda boleh dapati di https://bwfsudirmancup.bwfbadminton.com/