Hari Sukan Negara 2023 Jadual Peringkat Kebangsaan & Negeri

Tarikh Hari Sukan Negara 2023, Venue & Jadual Acara Peringkat Kebangsaan & Peringkat Negeri Seluruh Malaysia.

Sambutan hari sukan negara 2023 peringkat kebangsaan (HSN2023) akan diadakan pada tarikh 14 Oktober 2023 di Perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bermula jam 06:30 pagi.

Sambutan diperingkat negeri juga akan diadakan pada tarikh yang sama kecuali bagi negeri Sarawak sambutan hari sukan negara 2023 akan dibuat pada tarikh 28 Oktober 2023 bagi memberi laluan kepada Sambutan Ulangtahun Kelahiran Yang di Pertua (TYT) Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Hari Sukan Negara 2023

hari sukan negara 2023

Tema sambutan bagi Hari Sukan Negara 2023 ialah #FitMalaysia. Sambutan tahun ini juga akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada sambutan HSN2023 di Putrajaya nanti.

Antara objektif sambutan HSN2023 adalah ;

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif
  • Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi

Logo Hari Sukan Negara 2023

Untuk download logo hari sukan negara 2023 bagi tujuan promosi anda juga boleh dapatkan di https://seeklogo.com/vector-logo/412163/hari-sukan-negara

Jadual & Tarikh Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Kebangsaan & Negeri

Untuk menyertai pelbagai program dan acara sepanjang sambutan hari sukan negara, anda boleh menyemak jadual, tarikh dan venue yang telah ditetapkan bagi sambutan tahun ini seperti berikut ;

Sambutan Peringkat Kebangsaan

Bagi warga Putrajaya dan sekitarnya, semua di jemput hadir bagi memeriahkan dan menyertai program sambutan HSN2023 peringkat kebangsaan yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada masa dan ketetapan seperti beriku ;

  • Tarikh : 14 Oktober 2023 (Sabtu)
  • Masa : 06 : 30 pagi
  • Venue : Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya

Jadual Aktiviti & Program Peringkat Kebangsaan

Antara acara utama yang akan di adakan adalah seperti Jelajah Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan. Pendaftaran untuk acara ini terhad kepada 10,000 penyertaan. 

  • Tarikh pendaftaran : 29 Aug 2023 – 6 Oct 2023
  • Lokasi acara : Pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya

Tempoh acara :

  • Mula: 14 Oct 2023 06:30 AM
  • Tamat: 14 Oct 2023 11:59 PM

Masa dan pengambilan koleksi kit perlumbaan :

  • Tarikh : 12 Oct 2023 – 13 Oct 2023
  • Masa : 12:00 PM – 09:00 PM
  • Tempat : Pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya

Acara dan kategori

  • Kategori 1            Half Marathon 21KM – Atas 45 tahun (Lelaki)
  • Kategori 2            Half Marathon 21KM – Atas 45 tahun (Wanita)
  • Kategori 3            Half Marathon 21KM – 36 – 45 tahun (Lelaki)
  • Kategori 4            Half Marathon 21KM – 36 – 45 tahun (Wanita)
  • Kategori 5            Half Marathon 21KM – 26 – 35 tahun (Lelaki)
  • Kategori 6            Half Marathon 21KM – 26 – 35 tahun (Wanita)
  • Kategori 7            Half Marathon 21KM – Bawah 25 tahun (Lelaki)
  • Kategori 8            Half Marathon 21KM – Bawah 25 tahun (Wanita)

Untuk pendaftaran dan info lanjut anda boleh layari https://www.heyjom.com/events/429

Sambutan Peringkat Negeri

Untuk sambutan dan jadual acara peringkat negeri anda boleh semak masa, lokasi dan ketetapan seperti berikut ;

Hari Sukan Negara 2023 Selangor

hari sukan negara 2023 selangor
  • Tarikh sambutan : 14 Oktober 2023
  • Lokasi : The ARC @IJM Rimbayu

Jadual & Aktiviti Peringkat Negeri Selangor

  • HSN Run – 5KM & 10KM
  • Aerobicthon
  • Push Bike Challenge
  • Kabadi
  • Sukan Tradisional
  • Explorace OKU
  • Pertandingan Memanah
  • Bola Sepak 7 Sebelah
  • Bola Jaring
  • Kecergasan Wanita Warga Emas
  • W-Fit @Community

Anda juga boleh dapatkan pelbagai size dan design Tshirt Hari Sukan Negara 2023 di Shopee

Hari Sukan Negara 2023 Kedah

  • Tarikh sambutan : 14 Oktober 2023
  • Masa : 7 pagi – 11 malam
  • Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah

Jadual & Aktiviti Peringkat Negeri Kedah

  • Aerobik
  • Aerobikton
  • Mewarna
  • Klinik Lomat Tali
  • Gusti Lengan
  • Bola Sepak U12
  • Dribble Penalty Shootou
  • Funrun
  • Funwalk
  • Funride
  • Frisbee
  • Mr Smart Workout
  • Motorsport Event
  • Memanah Tradisional
  • Muaythai
  • Sepak Raga Tuju

Hari Sukan Negara 2023 Pulau Pinang

hari sukan negara 2023 pulau pinang
  • Tarikh : 14 Oktober 2023
  • Lokasi : Perkarangan Stadium Batu Kawan

Jadual & Aktiviti Peringkat Negeri Kedah

  • 10KM Kompetitif
  • 5KM Fun Run
  • 3KM fun Walk
  • 3KM Kids

Hari Sukan Negara 2023 Melaka

hari sukan negara 2023 melaka
  • Tarikh : 14 Oktober 2023
  • Lokasi : Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka

Hari Sukan Negara 2023 Negeri Sembilan

  • Tarikh : 14 Oktober 2023
  • Lokasi : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

Jadual & Aktiviti HSN 2023 Negeri Sembilan

  • Family Fun Walk
  • Stack UP Nogoghi
  • Pertandingan Lompat Tali
  • Senamrobik
  • Klinik Sepak Takraw
  • Sukan Tradisional

HSN 2023 Perak

  • Tarikh : 14 Oktober 2023
  • Lokasi : Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh,Perak

HSN 2023 Pahang

hari sukan negara 2023 pahang
  • Tarikh : 13 hingga 15 Oktober 2023
  • Lokasi : Semak jadual

Jadual & Aktiviti HSN 2023 Negeri Pahang

  • 23X Lunges Challenge
  • Future Talk Zero to Hero
  • Tayangan Skin Besar Malaysia vs India
  • PDRM Fun Run & Ride 2.0 / Fun Walk : Pink October
  • Futsal Gila Liga Soccer Tournament U7, U9,U11
  • Penalty Kick 2.0
  • Junggle Show & Junggling Competition
  • Orleentering
  • Family fun Aerobic Workout
  • BMX Gathering
  • MGSS Marching Band Show
  • Rakan Muda Litar
  • Dodgeball Camp
  • Youth 7s rugby Open U20
  • Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Pahang
  • Softball Carnival U16
  • Kejohanan Golf Tertutup Pahang
  • Variation challenge
  • Trail Walk Komuniti PERSON
  • Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-14 SK Bunut Rendang
  • Pahang Karnival Sukan KRT Taman Tas
  • Pahang Rhytmic Jump Rope
  • Pahang Malaysia Active @ Motorsport Kiass Go Kart KBS

HSN 2023 Labuan

hari sukan negara 2023 labuan
  • Tarikh : 14 Oktober 2023
  • Lokasi : Komples Sukan Laut Antarabangsa Labuan

Jadual & Aktiviti HSN2023 Labuan

  • Fun Run 5KM
  • Fun Walk 3KM
  • Fun Ride (MTB) 30KM
  • Fun Ride (RB) 30KM
  • Fun Ride (FB) 30KM
  • Kayak Santai 7KM
  • Kids Fun Ride 1.5KM
  • Senaman Perdana
  • Kids Aerobic
  • Family Glamping Camp

Hari Sukan Negara 2023 Sabah

hari sukan negara 2023 sabah
  • Tarikh : 14 Oktober 2023
  • Lokasi : Perkarangan Parkir, Dewan Sri Putatan

Jadual & Aktiviti Peringkat Negeri Sabah

  • Senamrobik Perdana,
  • Fun Walk 2km,
  • Fun Run 5km &
  • Fun Ride 20km
  • Futsal
  • Catur
  • Ping Pong
  • Aerobithon
  • Petanque
  • Olahraga Cilik
  • Bola Jaring
  • E-Sport
  • Seni Mempertahankan Diri
  • Street Soccer 3 On 3
  • Cabutan Bertuah

Maklumat Lanjut

jadual hari sukan negara 2023

Untuk maklumat lanjut Hari Sukan Negara 2023 peringkat kebangsaan dan peringkat negeri seluruh Malaysia anda juga boleh scan qr code pada gambar, atau layari website ; https://www.harisukannegara.my/

Baca juga : Inisiatif Sukan Rahmah – Tawaran Diskaun 30% Alatan Sukan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!