RHB Online : Cara Aktifkan Akaun & Daftar di RHB Mobile Banking

RHB Bank komited untuk menawarkan perkhidmatan terbaik buat pengguna secara atas talian melalui RHB Online Banking Platform.

RHB telah mengumumkan penghentian perkhidmatan platform Now Internet Banking bermula 31 Mac 2023 sambil memperkenalkan platform terbaharunya iaitu RHB Online Banking.

Berdasarkan kenyataan daripada RHB, keputusan tersebut dilakukan bagi menawarkan ciri-ciri perbankan atas talian yang lebih efisien dan diperbaharui serta peningkatkan ciri keselamatan terkini kepada pelanggan.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai perkhidmatan RHB Online secara lebih lanjut.

Kelebihan RHB Online Banking

Dengan RHB Online Banking pengguna bakal nikmati manfaat perbankan berikut :

  • Pemindahan dana yang selamat menerusi FPX, Interbank Giro (IBG) dan DuitNow.
  • Pemindahan dana ke luar negara menerusi Foreign Telegraphic Transferr (TT) dan Western Union.
  • Pembayaran bil menerusi JomPay kepada lebih 8,000 penerima bil.
  • Pembayaran bil dengan cara yang ringkas dan mudah.
  • Pembayaran bil secara berjadual.
  • Transaksi perbankan menggunakan telefon atau peranti menerusi aplikasi RHB Mobile Banking.
  • Transaksi atau terima duit melalui telefon menerusi aplikasi DuitNow terbaharu.

Cara Pertukaran dari RHB Now ke RHB Online Banking Platform (Untuk Pengguna RHB Bank Sedia Ada)

Untuk nikmati perbankan di platform baharu, pengguna tidak perlu membuka akaun baharu.

Pengguna hanya perlu melakukan pertukaran secara manual berpandukan langkah-langkah berikut :

  • Log masuk ke platform RHB Online Banking terbaharu di pautan https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login menggunakan username dan password sedia ada.
  • Tambahkan akaun penerima kegemaran (favourite payee accounts) melalui ciri ‘Add to Favourite’ atau menerusi tetapan akaun (Account Settings).

Nota :

  • Langkah ini tersedia untuk akaun yang masih aktif sahaja.  
  • Login buat pertama kali di RHB Online atau Mobile Banking selepas 30 April akan memerlukan pengguna untuk tetapkan semula kata laluan (reset password).
  • Sekiranya pengguna tidak log masuk sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan, akaun tersebut akan dianggap tidak aktif / dormant. Untuk aktifkan semula username, pengguna mungkin akan diminta untuk mendaftar semula di pautan https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login

Tetapkan Transaksi Berulang (Recurring Transactions)

Sekiranya anda mempunyai transaksi berulang di RHB Now, sila tetapkannya di platform terkini iaitu RHB Online.

Tetapan ini penting bagi mengelakkan pembayaran berganda. Cara-caranya adalah seperti berikut :

  • Setelah log masuk menggunakan username dan kata laluan sedia ada, pilih DuitNow dan kaedah transaksi (cth : menerusi Nombor Akaun, Nombor Telefon, No Kad Pengenalan dan sebagainya).
  • Masukkan butiran pembayaran dan klik pada ‘Enable Recurring’. Pilih kekerapan (frequency) tarikh mula dan akhir bagi pembayaran anda.
  • Sahkan transaksi berulang. Anda akan menerima notifikasi bagi tetapan yang berjaya.

Dengan langkah-langkah ini, pengguna dapat nikmati pengalaman perbankan yang lebih pantas dan selamat pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.

Cara Daftar RHB Online Menerusi Aplikasi RHB Mobile Banking

Setelah mengaktifkan RHB Online Banking, anda kini boleh muat turun dan mendaftar di aplikasi RHB Mobile Banking. Cara-caranya adalah seperti berikut :

RHB Online
  • Kemudian, anda dikehendaki untuk masukkan nombor kad debit dan tekan Next.
  • Seterusnya, isikan nombor PIN kad debit di ruangan bawahnya dan tekan Next.
RHB Online
  • Selepas itu, masukkan nombor telefon berdaftar dan klik Submit.
  • Pada laman seterusnya, masukkan nombor OTP (One-Time PIN) yang telah dihantar melalui SMS kepada nombor telefon berdaftar.
RHB Online
  • Selepas itu, masukkan butiran yang diminta seperti nama pengguna, kata laluan, emel dan Secure Word. Setelah lengkap, klik butang Next.
  • Kemudian, baca terma dan syarat dan dinyatakan dan tandakan tick pada 3 kotak. Setelah selesai, tekan submit.
  • Anda diminta sekali lagi untuk masukkan nombor OTP (One-Time PIN) yang telah dihantar sebagai pengesahan.
  • Seterusnya, pada bahagian keselamatan soalan, anda diminta untuk memilih soalan beserta jawapan dan ruangan yang disediakan.
  • Pada laman seterusnya, anda diberi pilihan untuk tetapkan sekuriti log masuk secara nombor PIN atau Biometrik. Jika sudah selesai, tekan Continue.
  • Kemudian, tekan tick pada kotak sebagai tanda setuju terhadap terma dan syarat yang telah dinyatakan. Setelah itu, tekan Authorise Now.
  • Kini anda boleh lakukan pelbagai jenis urusan pembayaran dan transaksi di hujung jari menerusi RHB Mobile Banking.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan RHB Online, sila hubungi talian khidmat pelanggan RHB di +603 9206 8118 atau hantarkan emel ke [email protected].

Anda juga boleh rujuk notis rasmi daripada RHB Bank serta maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!