BPR Tambahan PEMERKASA Plus: Semak Status & Tarikh Pembayaran
Kerajaan Malaysia akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).
PEMERKASA Plus merupakan bantuan terbaharu kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Terdapat 3 matlamat utama pelaksanaan PEMERKASA Plus iaitu:
- Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Salah satu bantuan yang akan disalurkan kepada isi rumah dan individu yang layak ialah BPR Tambahan di bawah matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.
Tarikh Bayaran
Pembayaran BPR Tambahan bagi kategori isi rumah dan individu yang layak akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021.
Nilai Bantuan
Nilai bantuan yang ditetapkan bagi BPR Tambahan adalah seperti berikut:
Jumlah Bayaran | Kategori/Pendapatan Bulanan |
RM500 | Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
RM300 | Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 |
RM100 | Pendapatan RM5,000 dan ke bawah bagi individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas. |
RM100 | Pendapatan RM2,500 dan ke bawah bagi individu bujang berumur 59 tahun dan ke bawah. |
Permohonan Baharu
Tiada permohonan baharu dibuka bagi permohonan BPR Tambahan ini.
Penerima atau pemohon yang lulus BPR 2021 akan layak menerima BPR Tamabahn ini yang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima.
Untuk penerima BPR Fasa 2 yang berstatus gagal kredit pula, pembayaran BPR Tambahan adalah secara tunai di kaunter BSN.
Cara Membuat Semakan
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status BPR, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my pada penghujung Jun 2021.
- Klik bahagian ‘Log Masuk’ di bahagian atas.
- Isikan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
- Klik bahagian semakan status.
- Keputusan status dipaparkan.
Status Tidak Lulus
Untuk pemohon yang telah membuat permohonan namun permohonan tersebut menunjukkan status tidak lulus, mereka masih lagi boleh menerima BPR Tambahan dengan membuat rayuan.
Permohonan bagi rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.
Jika permohonan rayuan pemohon diterima, pemohon akan menerima jumlah BPR 2021 berserta amaun BPR Tambahan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai BPR ini, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari portal BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ untuk mendapat maklumat lanjut.