Bantuan Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB) RM800

Permohonan bantuan Program Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) ialah salah satu intensif Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu mereka yang menghidapi penyakit Tibi di negeri tersebut.

Untuk pengetahuan, Negeri Selangor merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kes penyakit Tibi pada tahun 2019 iaitu sebanyak 5,071 kes diikuti dengan Sabah iaitu 5,008 kes, Sarawak dengan 3,122 kes, Johor iaitu 2,150 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya dengan 2,017 kes.

Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB)

Kerajaan Negeri Selangor prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi penduduk Selangor akibat kesan wabak COVID-19. Oleh itu, sebuah Pakej Rangsangan Ekonomi akan diumum bagi menyerap impak penularan wabak COVID-19.  Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) ini merupakan salah satu insentif Kerajaan Negeri Selangor merupakan salah satu Pakej Rangsangan Ekonomi dari kerajaan Selangor untuk membantu meringankan mereka yang terkesan dari akibat wabak COVID-19.

Kriteria Pemohon

insentif rawatan tibi selangor

Kepada rakyat negeri Selangor yang menghidap penyakit Tibi dan memenuhi kriteria berikut

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di NegeriSelangor
  2. Pesakit mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori
  3. Sedang menerima rawatan tibi secara aktif

Cara Permohonan

Lengkapkan borang IRTB yang boleh didapati di laman web selangorprihatin.com

Hantar dokumen lengkap kepada Selcare Management melalui email [email protected]

Pembayaran akan dibuat kepada pemohon yang layak melalui 3 fasa:

  • Fasa 1 : RM 200
  • Fasa 2 : RM 200
  • Fasa 3 : RM 400

Dokumen Di Perlukan

Sila kemukakan dokumen sokongan dibawah bersama borang permohonan bagi mengelakkan kelulusan ini dibatalkan:-

  1. Memo / Surat Pengesahan doktor bahawa pemohon menghidap penyakit Tibi
  2. Salinan buku log perubatan Penyakit Tibi (TBIS 10E)
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  4. Penyata bank pemohon yang mempunyai nama pemohon dan maklumat akaun bank
  5. Salinan dokumen pengesahan pemastautin di Selangor (contoh: Bil air, bil eletrik, perjanjian sewa atau lain-lain dokumen berkaitan).

Soalan Lazim

Saya baru sahaja bermastautin di Negeri Selangor kurang daripada 5 tahun. Adakah saya layak memohon insentif ini?

Layak, tetapi pemohon hendaklah mendapatkan rawatan tibi di hospital atau klinik kesihatan kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.Saya dilahirkan di luar Selangor namun mendapat rawatan tibi di hospital atau klinik kesihatan kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori. Adakah saya layak memohon?

Layak. Pemohon yang lahir di luar Naegeri Selangor namun mendapat rawatan di hospital atau klinik kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar dalam Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori layak memohon dengan syarat perlu bermastautin di Negeri Selangor.Saya telah mendapat bayaran permulaan sebanyak RM200 namun, saya telah terlepas beberapa kali siri rawatan di hospital. Adakah saya layak mendapat insentif seterusnya?

Tidak layak. Pemohon hendaklah menamatkan kesemua rawatan pada 2 bulan pertama selepas permohonan bagi melayakkan untuk mendapat insentif seterusnya. Insentif akan dihentikan sekiranya pesakit gagal menamatkan rawatan tersebut.Saya disahkan positif penyakit tibi namun tidak mendapat rawatan di hospital. Adakah saya layak?

Tidak layak. Pemohon hendaklah disahkan positif penyakit Tibi dan sedang aktif mendapatkan rawatan di pusat perubatan berdaftar seperti syarat yang telah ditetapkan.Pada fasa pertama rawatan, saya masih lagi dirawat di hospital di Negeri Selangor namun telah berpindah ke negeri lain dan meneruskan rawatan di negeri tersebut. Adakah saya layak mendapat insentif seterusnya?

Tidak layak. Pemohon hendaklah bermastautin di Negeri Selangor dan mendapat rawatan di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.Rawatan tibi saya telah melebihi 6 bulan namun saya masih lagi meneruskan rawatan. Adakah saya layak mendapat insentif terakhir?

Layak dengan syarat pemohon mematuhi fasa rawatan seperti yang ditetapkan oleh pusat perubatan yang merawat dan menamatkan rawatan.Ketika pendaftaran program ini, saya telah memasuki fasa terakhir rawatan tibi. Adakah saya layak untuk mendapat insentif fasa pertama dan kedua?

Pemohon layak mendapat bayaran insentif Fasa 1 dan Fasa 2 dengan syarat fasa tersebut telah disahkan oleh Pegawai Perubatan yang membuat rawatan. Fasa 3 akan diperolehi selepas pesakit menamatkan rawatan.

Maklumat Lanjut

Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Program Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) boleh menghubungi talian 1-800-22-6600 yang beroperasi 24 jam.

Pemohon juga boleh melayari https://www.selangorprihatin.com/ untuk maklumat lanjut.

Artikel berkaitan ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!