Skim Agihan Awal IPT 2022 Lembaga Zakat Negeri Kedah

Skim Agihan Awal IPT 2022 Lembaga Zakat Negeri Kedah ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara dan Luar Negara kini dibuka.

Permohonan ini merupakan agihan one-off dan terbuka kepada penduduk negeri Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Untuk makluman, agihan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

Baca Juga : MAIDAM | Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Tahun 2022

Jumlah Bantuan

Jumlah Agihan Awal IPT ini mengikut peringkat pengajian seperti berikut :

Dalam Negara

  • Peringkat Sijil / Matrikulasi : RM 300.00
  • Peringkat Diploma : RM 600.00
  • Peringkat Ijazah Pertama : RM 800.00

Luar Negara

  • Peringkat Pengajian Ijazah Pertama / Master / PhD : RM 1,000.00
skim agihan awal ipt

Tarikh Permohonan

Untuk makluman permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022.

Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara

 Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon bermastautin / menetap di negeri Kedah. Alamat mestilah bertepatan dengan yang tertulis pada surat tawaran.
  • Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/Asasi / Matrikulasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak universiti.
  • Program pengajian bagi peringkat Pascasiswazah dan separuh masa tidak layak untuk memohon.
  • Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pengajian.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas di mana pelajar memasuki IPT di bawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  • Pemohon perlulah menyambung pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Pelajar yang menyambung pengajian dalam program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) tidak layak untuk memohon.
  • Agihan ini diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian berbeza.
  • LZNK berhak menolak permohonan sekiranya ia tidak diisi dengan lengkap dan kelas mengikut prosedur yang ditetapkan.

Syarikat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Luar Negara

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon bermastautin / menetap di negeri Kedah. Alamat mestilah bertepatan dengan yang tertulis pada surat tawaran.
  • Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  • Tempoh minimum pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika mengemukakan permohonan.
  • Bidang pengajian adalah diiktiraf  oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Agihan ini diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  • LZNK berhak menolak permohonan sekiranya ia tidak diisi dengan lengkap dan kelas mengikut prosedur yang ditetapkan.

Cara Memohon

Pemohon boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

 Lembaga Zakat Negeri Kedah 

Klik Menu > Aplikasi Atas Talian > Agihan Awal IPT > Pilih Dalam/ Luar Negara

Tekan butang Permohonan Baru untuk pendaftaran baru.

Untuk semakan dan cetakan borang, sila masukkan No. K/P dan kata laluan, kemudian tekang butang SEMAK.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah muat naik dokumen seperti senarai di bawah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
  • Salinan Kad Pengenalan Waris / Penjaga
  • Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Salinan Slip Bank / Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
  • Salinan Akaun Bank yang tertera nama pemohon.
  • Lain-lain dokumen khusus yang berkaitan perlu disertakan seperti surat bermastautin / surat rayuan permohonan / resit zakat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai pautan Lembaga Zakat Negeri Kedah seperti berikut :

Portal Rasmi  

Facebook Rasmi

Instagram

Twitter

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!