Bayaran Pencen & Gaji November 2022 Diawalkan Sempena PRU 15

Terkni bayaran pecen & gaji november 2022 diawalkan sempena PRU 15. Menerusi surat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 November lalu, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.

Gaji November 2022 Diawalkan Untuk Penjawat Awam

Mengikut jadual awal tarikh gaji penjawat awam 2022, pembayaran gaji November 2022 sepatutnya jatuh pada 25 November 2022

gaji november 2022 diawalkan

Namun disebabkan Malaysia bakal mengadakan PRU15 18 November,dan keputusan PRU 15 dijangka akan diketahui pada malam hari yang sama.

 Pihak kerajaan telah telah memikirkan pelbagai inisiatif bagi memberikan kemudahan kepada pengundi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.

“Bayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” jelas surat tersebut

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan pemberian cuti khas serta bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan bagi membolehkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Kakitangan awam dan pesara kerjaan yang menerima bayaran awal ini, di nasihatkan agar untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah. Ini kerana selain daripada masa untuk menerima gaji pada december adalah 32 hari.

Bukan itu sahaja risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat berikutan kenaikan kadar faedah serta ekonomi yang perlahan di seluruh dunia.

Selain daripada peningkatan harga barang, harga minyak, penurunan nilai mata wang Malaysia bermakna paras hutang bagi negara membangun semakin membebankan. Kenaikan kadar faedah mewujudkan beban tambahan.

Kita juga mengharapkan kerajaan baru yang akan ditubuhkan selepas PRU 15 nanti akan intipati bajet 2023 dapat dilaksanakan untuk membantu ramai rakyat yang terkesan ketika ini.

Di harapkan juga dengan pemberian gaji november 2022 diawalkan ini akan memudahkan kakitangan awam untuk merancang dan mengurus perbelanjaan diri dan keluarga

Sumber : Kosmo

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!