Intipati Bajet 2023 Malaysia – Senarai Insiatif Bantuan Rakyat & Penjawat Awam

Ringkasan Intipati Bajet 2023 Malaysia Senarai Insiatif Bantuan Rakyat & Penjawat Awam Dalam Belanjawan Negara

Dalam memastikan agenda Bajet 2023 yang responsif, Kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal yang mengembang. Pendekatan ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan menyokong perniagaan.

Keluarga Malaysia: Makmur Bersama”, dan seiring agenda Bajet 2023 yang responsif, bertanggungjawab dan reformis, Bajet ini akan pastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan Kerajaan.

Ringkasan Intipati Bajet 2023 Malaysia

Kerjaan memfokuskan kepada empat aspek utama iaitu ;

FOKUS PERTAMA

Bagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Mengutamakan Keluarga Malaysia
  • Membina Kehidupan Kondusif

FOKUS KEDUA

Setelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Mempermudah Aktiviti Perniagaan
  • Merancak Pelaburan dan Perdagangan
  • Menyokong Industri Tumpuan

FOKUS KETIGA

Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
  • Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  • Mengungguli Agenda Kelestarian

FOKUS KEEMPAT

Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  • Membina Daya Tahan Negara
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik

Intipati Bajet 2023 Senarai Insiatif Bantuan Rakyat

Berikut beberapa rangkuman ringkasan beserta strategi yang di rancang oleh kerajaan untuk mencapai matlamat kepada “Keluarga Malaysia: Makmur Bersama”

Strategi 1: Memelihara Kebajikan Rakyat

intipati bajet 2023

Insiatif 1 – Kos Rasa Hidup

  1. Jumlah keseluruhan peruntukan untuk subsidi, bantuan dan insentif (RM55 b)
  2. Program community drumming (RM200 j) 
    • Menampung kos pengangkutan dan pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel
    • Diperluas kepada 23 kawasan baharu antaranya Kampung Passin di Mukah, Sarawak dan Kampung Tawayari di Lahad Datu, Sabah
  3. Program Penyeragaman Harga di Sabah, Sarawak dan Labuan (RM40 j)
  4. Jualan Murah Keluarga Malaysia (RM100 j)   
    • Tawaran harga barang perlu 20% lebih murah berbanding harga pasaran
    • Dilaksanakan di 600 DUN, 13 Parlimen Wilayah Persekutuan serta universiti awam

Inisiatif 2: Kebajikan Golongan B40

  1. Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (RM2.5 b)
  2. Bilangan penerima 450 ribu isi rumah melibatkan bantuan antaranya:  
    1. Bantuan Warga Emas  
    1. Bantuan Kanak-kanak  
    1. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja  
    1. Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar
  3. Subsidi bil elektrik sehingga RM40 diperluas kepada PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah (RM96 j)
  4. Bantuan Keluarga Malaysia 
    • Memanfaatkan 8.7 juta penerima (RM7.8 b) 
    • Penambahbaikan 
      • Kategori baharu melibatkan bilangan anak melebihi 5 orang
      • Bantuan khas kepada warga emas bujang (RM600) dan bujang (RM350)  
      • Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan menjadikan bantuan maksimum keseluruhan RM3,000
  5. Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (RM1 b) 
    • Bantuan kepada lebih 50 ribu isi rumah miskin tegar antaranya menerusi projek pertanian dan keusahawanan  
    • Latihan, modal permulaan, insentif pertanian, pemasaran dan pendigitalan

Inisiatif 3 – Pendapatan Boleh Guna M40

Ini pula intipati bajet 2023 yang turut peka tentang golongan M40

intipati bajet 2023 m40
  1. Semakan semula kadar cukai pendapatan individu (RM800 j) 
    • Pindaan kadar cukai pendapatan ke atas 3 banjaran pendapatan bercukai
    • Manfaatkan hampir 1 juta pembayar cukai dengan jumlah penjimatan cukai sehingga RM1,000
  2. Inisiatif e-wallet sebanyak RM100 kepada M40 (RM800 j) 
    • Manfaatkan 8 juta individu dengan pendapatan tahunan di bawah RM100 ribu

Inisiatif 4 – Perlindungan Sosial

  1. Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO  (RM150 j) 
    • Diwajibkan kepada semua sektor pekerjaan secara berperingkat mulai tahun 2023 bermula dengan sektor pengangkutan awam dan penghantaran barangan atau makanan
    • Kerajaan menanggung 80% daripada nilai caruman – Bagi orang bekerja sendiri seperti penghantar makanan, petani, nelayan, penggiat seni dan penjaja serta diperluas kepada pemandu teksi dan pekerja gig sektor teknologi maklumat
    • Kerajaan menanggung 100% caruman – Bagi orang bekerja sendiri yang berkhidmat sebagai sukarelawan dalam sektor awam seperti sukarelawan APM dan RELA serta pekhidmat rumah ibadat 
    • Manfaatkan lebih 750 ribu orang bekerja sendiri
  2. i-Saraan diteruskan sehingga tahun 2023 (RM30 j) 
    • Kerajaan menyumbang 15% ke atas caruman sukarela 
    • Terhad kepada maksimum RM300 setahun 
    • Manfaatkan lebih 100 ribu pencarum
  3. Kasih Suri Keluarga Malaysia (RM120 j) 
    • Pemberian insentif kepada peserta Kasih Suri Keluarga Malaysia yang membuat caruman KWSP minimum RM60 setahun  
    • Insentif padanan tambahan bernilai sehingga RM600 setahun iaitu ke dalam akaun KWSP (RM480) dan caruman Skim Perlindungan PERKESO (RM120) 
    • Memanfaatkan lebih 200 ribu suri rumah
  4. Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 ditingkatkan daripada RM200 ribu kepada RM300 ribu 
  5. Skim Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera Keluarga Malaysia (ASB40) (RM100 j)
    • Kemudahan pinjaman sehingga RM50 ribu untuk B40 Bumiputera melabur dalam ASB dengan kadar pinjaman 1.5% untuk tempoh sehingga 40.5 tahun atau umur 70 tahun (mana-mana yang terdahulu)
  6. Had caruman sukarela KWSP dinaikkan daripada RM60 ribu kepada RM100 ribu setahun 
    • Pilihan tambahan kepada lebih 15 juta ahli KWSP
  7. Skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat diluaskan untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000

Inisiatif 5 – Kerjaya & Latihan Kemahiran

  1. Insentif Penggajian PERKESO (RM150 j) 
    • Insentif RM600 hingga RM750 sebulan bagi tempoh 3 bulan  
    • Disediakan kepada majikan yang menggaji penganggur golongan tumpuan seperti OKU, orang Asli, bekas banduan, wanita yang kembali bekerja dan veteran; dan majikan termasuk agensi pekerjaan swasta yang menggantikan pekerja asing kepada pekerja tempatan 
    • Manfaatkan 70 ribu pencari kerja
  2. Bantuan mobiliti kepada pencari kerja 
    • RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar dari negeri bermastautin 
    • RM1,000 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan dan melibatkan penghijrahan jarak jauh dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya
  3. MySTEP 
    • Menawarkan 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak  
      • 15 ribu dalam sektor awam   
      • 35 ribu dalam GLC 
    • Kadar gaji minimum naik RM100 kepada antara RM1,500 – RM2,100 (daripada RM1,400 – RM2,000)  
    • Tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 4.
  4. Pelaksanaan latihan kemahiran di bawah HRD Corp (RM750 j) 
    • Latihan bagi meningkatkan produktiviti dan peluang pendapatan 
    • Memanfaatkan 800 ribu pekerja
  5. Program Graduan Pasaran Modal (RM30 j) 
    • Jalinan kerjasama antara Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan Dana Pembangunan Pasaran Modal 
    • Meningkatkan kebolehpasaran 9 ribu graduan dalam pasaran modal
  6. Program Usahawan Siswazah (PUSh) (RM20 j) 
    • Memanfaatkan 1 ribu graduan untuk menceburi bidang keusahawanan
  7. Penggubalan Dasar Pekerja Gig bertujuan untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja gig

Strategi 2: Mengutama Keluarga Malaysia

Dalam aspek pendidikan kerajaan memandang serius tentang kepentingan penekanan kepada salah satu dalam pelan pembanguan stategi mengutamakan keluarga malaysia iaitu aspek pedidikan. Berikut intipati bajet 2023

Inisiatif 1: Pendidikan dan TVET

  1. Peruntukan Kementerian Pendidikan (RM55.6 b), (2022: RM52.6 b)
  2. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) (RM825 j) 
    • RM150 kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa
    • Memanfaatkan 5.5 juta murid  
    • Bayaran akan dibuat mulai bulan Januari 2023 
  3. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) (RM777 j) 
    • Kadar dinaikkan sebanyak RM1 berkuat kuasa 1 Oktober 2022  
      • Semenanjung: RM2.50 kepada RM3.50  
      • Sabah dan Sarawak: RM3.00 kepada RM4.00 
    • Memanfaatkan 800 ribu murid, 7,300 pengusaha makanan dan pembekal susu tempatan
  4. Ruang pembelajaran sekolah yang kondusif dan selamat (RM2.3 b) 
    • Kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah (RM1.1 b) 
    • Menaik taraf infrastruktur sekolah daif (RM1.2 b) 
      • Melibatkan 387 projek antaranya di Sabah (123 projek) dan Sarawak (182 projek)
  5. Pembinaan 5 sekolah baharu (RM430 j) 
    • SMK Nabalu di Sabah  
    • SMK Dudong di Sarawak  
    • SK Paya Dusun di Terengganu  
    • SK Cyberjaya 2 di Selangor  
    • SMK Denai Alam di Selangor
  6. Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (RM15.1 b)
  7. Biasiswa dan pinjaman pendidikan (RM3.8 b)
  8. Kenaikan kadar Elaun Sara Hidup pelajar tajaan MARA  
    • Pelajar dalam negara: Antara RM650 hingga RM950 sebulan  
    • Pelajar di luar negara: Antara RM1,380 hingga RM7,600 sebulan
  9. Kenaikan Elaun Pelajar tajaan PETRONAS 
    • Elaun induksi: RM4,500 kepada RM5,000 
    • Elaun buku dan peralatan belajar: RM1,000 kepada RM2,000
  10. Kenaikan Elaun Sara Hidup tajaan JPA  
    • Elaun bagi pelajar dan pegawai dalam negara dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian  
    • Elaun diseragamkan antara RM730 hingga RM980 sebulan
  11. Kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera (RM6.6 b) 
    • Melalui Majlis Amanah Rakyat, Yayasan Peneraju dan Universiti Teknologi MARA
    • Akses kepada pinjaman pendidikan  
    • Peluang mengikuti bidang-bidang profesional
  12. Pinjaman PTPTN 
    • Anak-anak kumpulan M40 kategori M1: Kadar pinjaman dinaikkan daripada 75% kepada 100% (RM450 j)  
      • Manfaatkan 60 ribu pelajar
    • Anak-anak kumpulan M40: Kemudahan pinjaman laptop (RM77 j) 
    • Pengecualian bayaran balik kepada pelajar kelas pertama 
    • Diskaun bayaran balik mulai 1 November 2022 hingga 30 April 2023
  13. Penyeragaman kadar duti setem bagi perjanjian pinjaman pendidikan 
    • RM10 bagi perjanjian pinjaman pendidikan di peringkat sijil atau profesional seperti yang dikenakan kepada pelajar diploma ke atas
  14. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)  
    • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih tahunan dalam SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024
  15. Inisiatif Kampus Hijau di universiti awam (RM10 j) 
  16. Menaik taraf dan menyelenggara kemudahan universiti awam (RM300 j)
  17. Projek Malaysia Research and Education Network (MYREN) (RM35 j)  
    • Jaringan digital di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti bagi menaikkan taraf kapasiti bandwith 
  18. Agenda memperkasa TVET melalui 7 Kementerian utama (RM6.7 b)
  19. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (RM180 j) 
    • Latihan TVET memanfaatkan 12 ribu pelatih
  20. Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) (RM20 j) 
    • Manfaatkan 3 ribu pelatih

Inisiatif 2: Kemudahan Kesihatan

  1. Peruntukan Kementerian Kesihatan (RM36.1 b), (2022: RM32.4 b)
  2. Perolehan ubat, reagen, vaksin, bahan guna habis dan lain-lain (RM4.9 b)
  3. Pembaikan hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang terutamanya di Sabah dan Sarawak (RM420 j)
  4. Perolehan genset kepada 10 hospital (RM10 j)
  5. Pembinaan hospital, klinik dan fasiliti baharu termasuk perolehan peralatan (RM1.8 b)
  6. Kesihatan mental
  7. Kesihatan pergigian
  8. Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk nicotine gum dan nicotine patch, Terapi Gantian Nikotin
  9. Penyakit jarang jumpa
  10. Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKA B40) (RM80 j)
  11. Program Saringan Kesihatan PERKESO (RM80 j)
  12. Skim MySalam
  13. Baucar Perlindungan Tenang
  14. Hospital berstatus kebajikan

Inisiatif 3: Wanita & Kanak-kanak

Berikut pula intipati bajet 2023 yang turut memberi inisiatif kepada golongan wanita dan kanak-kanak

KEBAJIKAN WANITA

  1. Gender Focal Team ditubuhkan di setiap Kementerian dan Agensi untuk memastikan penyediaan bajet dibuat berasaskan kepentingan gender
  2. Penubuhan dan pengoperasian Tribunal Antigangguan Seksual dan program advokasi (RM10 j) 
  3. Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) diperkukuh bagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga (RM8 j) 
  4. Subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks (RM11 j) 
  5. Pelaksanaan saringan kanser serviks menggunakan kaedah ujian saring PCR (RM2 j)
  6. Pembiayaan mikro kredit untuk wanita (RM235 j)
    • Semarak-Nita
    • Tekunita
    • DanaNita
    • Biz Lady
  7. Kepimpinan wanita
  8. Wanita kembali bekerja (career break)

KEBAJIKAN KANAK-KANAK

  1. Program pendidikan awal kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) (RM188 j)
  2. Pembinaan 10 buah taska KEMAS termasuk 3 projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan; Limbang, Sarawak dan Pasir Putih, Kelantan
  3. Elaun pembantu KEMAS dinaikkan RM300 daripada RM500 kepada RM800 bermula tahun 2023
  4. Lanjutan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3 ribu ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA yang berdaftar sehingga tahun taksiran 2024
  5. Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia (RM150 j) 
    • Bantuan tunai RM500 secara one-off kepada ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 
  6. Subsidi yuran pengasuhan bagi isi rumah berpendapatan per kapita di bawah RM800 yang menghantar kanak-kanak ke TASKA berdaftar (RM3.6 j) 
  7. Pengecualian duti eksais ke atas susu formula bayi dan kanakkanak bagi memastikan harga berpatutan di pasaran
  8. Program Community Feeding khusus kepada kanak-kanak orang Asli bagi mengatasi masalah kurang zat (RM3 j)

Inisiatif 4: Komuniti Tumpuan

ORANG ASLI

  1. Peruntukan Orang Asli (RM305 j)
  2. Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli (RM15 j)  
    • Melibatkan 19 kawasan ladang getah dan kelapa sawit dan latihan kemahiran
    • Manfaatkan 2,100 Orang Asli antaranya di Kemaman, Terengganu; Bera, Pahang; dan Gua Musang, Kelantan
  3. Program Pembangunan Usahawan Orang Asli (RM2 j) 
    1. Bantuan peralatan perniagaan dan bimbingan keusahawanan kepada 550 Orang Asli
  4. Tajaan sekurang-kurangnya 10 orang anak Orang Asli oleh Yayasan di bawah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan untuk belajar di luar negara

intipati bajet 2023 untuk warga emas oku

WARGA EMAS

  1. Peruntukan Warga Emas (RM1 b), (2022: RM580 j) 
    • Bantuan Sosioekonomi Warga Emas selaras dengan kenaikan mengikut kadar PGK Makanan (RM900 j)  
    • Pelaksanaan aktiviti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) (RM9 j)
  2. Geran operasi institusi penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU swasta yang dikendalikan oleh NGO (RM21 j)

OKU

  1. Bantuan OKU (RM1.2 b) 
    • Antaranya untuk bantuan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak upaya dan elaun pekerja cacat
  2. Skim 1 OKU 1 Perniagaan diperkasa melalui pengecualian bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan SSM
  3. Baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing (RM10 j)
  4. Bekalan peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti di sekolah berkeperluan khas (RM20 j)
  5. Taska OKU (RM5 j) 
    • Insentif khas untuk penubuhan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 taska OKU sedia ada
  6. Pusat Panggilan Mesra OKU  
    • Aplikasi mod panggilan video bersama khidmat jurubahasa isyarat

KUMPULAN LAIN

  1. Banduan 
    • Peluasan inisiatif Agropenjara (RM10 j)  
      • Melibatkan 70 hektar tanah penjara
  2. Anak-anak lepasan institusi tertentu 
    • Potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas penghuni Sekolah Henry Gurney, institusi perlindungan dan pemulihan serta pusat jagaan bukan Kerajaan berdaftar dengan JKM

Intipati bajet 2023 ini mungkin akan berubah. Ini kerana Pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober lepas perlu dibentangkan semula kepada Parlimen selepas PRU-15

Inisiatif 5: Belia dan Sukan

bajet 2023 untuk belia

BELIA

  1. 1. Insentif penggajian di bawah PERKESO diperluaskan meliputi 
    • Majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada 3 bulan
  2. Kemudahan pembiayaan untuk belia (RM305 j) 
    • Pembiayaan di bawah TEKUN – termasuk TEKUN Belia dan TEKUN Belia Mobilepreneur (RM20 j) 
    • Pembiayaan di bawah MARA – termasuk Program Pembangunan Usahawan Teknikal dan Start-up Accelerator Programme (RM15 j) 
    • Pembiayaan di bawah BSN – BSN Semarak Belia dan Skim Penjaja Kecil Keluarga Malaysia: Muda (RM150 j) 
    • Pembiayaan di bawah SME Bank – Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0 (YEF 2.0) (RM90 j) 
    • Pembiayaan di bawah Agrobank – Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia Belia (RM30 j)
  3. Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia (RM50 j) 
    • Pinjaman sehingga RM50,000 dengan kadar faedah 4% 
    • Memanfaatkan 10 ribu usahawan belia 
    • Penjanaan pendapatan seperti jualan foodtruck
  4. Program MyPSV  
    • Subsidi bayaran kepada B40 mendapatkan lesen e-hailing, bas dan teksi 
    • Menjana 4 ribu peluang kerjaya
  5. Subsidi bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2  
    • Manfaatkan 9 ribu belia
  6. Skim TEKUN Mobilepreneur (RM10 j)
  7. Pakej Remaja Keluarga Malaysia
    • Pakej prabayar langganan pelan data internet RM30 untuk  3 bulan 
    • Dilanjutkan sehingga April 2023
  8. e-Pemula (RM400 j) 
    • Kredit e-dompet RM200   
    • Manfaatkan 2 juta belia antara 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas 
  9. Tunas Usahawan Belia Bumiputera (RM10 j) 
    • Program TUBE turut diperluas kepada bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan juga lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM2 j) 
    • Bantuan latihan kemahiran dan modal perniagaan sehingga RM15 ribu 
    • Latihan dan bimbingan oleh SME Corp dengan model komprehensif

SUKAN

  1. Peruntukan Sukan (RM332 j) 
    • Selenggara, naik taraf dan bina kemudahan sukan (RM145 j) 
    • Program pembangunan ekosistem sukan (RM154 j)  
      • Merangkumi pencarian bakat baharu, pelaksanaan program latihan dan penyediaan fasiliti berkualiti 
      • Pembangunan litar drag di setiap negeri (RM20 j) 
      • Pembangunan e-sukan dan sukan dron (RM13 j)
  2. Potongan cukai sehingga 10% kepada penyumbang yang memberi sumbangan kepada NGO yang terlibat dalam program pembangunan sukan akar umbi
  3. Pembangunan sukan OKU (RM12 j)
  4. Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) (RM5 j)
  5. Agenda Nasional Malaysia Sihat (RM15 j)
  6. Hari Sukan Negara dan Jelajah Fit Malaysia (RM10 j)

Inisiatif 6: Syiar Islam

  1. Peruntukan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam (RM1.5 b)
  2. Menyelenggara sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar (RM150 j)
  3. Elaun bulanan kepada imam, guru KAFA dan guru Takmir (RM700 j)
  4. Bayaran khas RM500 secara one-off kepada 72 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut (RM36 j)
  5. Peruntukan pembangunan industri halal (RM92 j) 
    • Projek pembangunan antaranya  
      • Projek Pembangunan Pusat Hab Halal Tanjung Manis di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) (RM59 j)  
      • Program Malaysia Services and Halal Global (RM8 j)  
      • Inisiatif meningkatkan pematuhan pensijilan halal dan menyediakan kemudahan mengadaptasi inovasi halal (RM6.5 j)  
      • Program Wakaf Halal PKS OKU (RM2.5 j)

Intipati Bajet 2023 Untuk Penjawat Awam

Strategi 2: Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik

penjawat awam

Inisiatif 2: Kebajikan Penjawat Awam

  1. Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar
    • Tafsiranperantidigitaldiperluasmeliputijamtanganpintar
  2. Perlindungan Kemalangan Diri LPPSA
    • SubsidiRM100bagiperlindunganinsuransatautakafulisirumah yang bernilai RM20 ribu
  3. Inisiatif diumum dalam Majlis Amanat Perdana Penjawat Awam Ke-18
    • Kenaikan kadar maksimum gentian cuti rehat (GCR) yang boleh dikumpul daripada 160 hari kepada 180 hari
    • Tambahan 5 hari cuti rehat khas bagi guru yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun menjadikan jumlah keseluruhan cuti rehat khas sebanyak 15 hari
    • Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara Kerajaan (RM1.3 b)
    • Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 sehingga Gred 56 (RM1.5 b)
  4. Kebenaran penebusan awal GCR sehingga maksimum 90 hari
  5. Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600 dan dibayar pada bulan Mac 2023
    • TermasukBantuanKewanganAidilfitri2023kepadapesara berjumlah RM300
  6. Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM350 kepada pesara dibuat pada bulan Januari 2023 dan Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar pada bulan Mac 2023 kepada 1 juta pesara
  7. Bantuan tunai tambahan diterima penjawat awam bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500 yang terdiri daripada KGT Tambahan Khas: RM1,200 (RM100/bulan x 12 bulan), Bantuan Khas Kewangan: RM700 dan Bantuan Kewangan Aidilfitri 2023: RM600

Maklumat lanjut Intipati Bajet 2023: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/

,

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!