Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 & Penyata Gaji Bulanan

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 ~ Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Jadual gaji 2022 dan tarikh gaji penjawat awam ini adalah untuk memudahkan kakitangan kerajaan untuk membuat rujukan serta semakan bagi semua Kementerian / Jabatan Persekutuan seluruh negeri di Malaysia.

Untuk makluman jadual pembayaran gaji ini adalah rasmi dan terpakai.

Maklumat yang di paparkan adalah rujukan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang boleh di akses secara umum.

Tujuan pemakluman awal jadual bayaran gaji kerajaan 2022 adalah bagi memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang dan menguruskan kewangan dan perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

Bulan Tarikh Hari Catatatan
Januari 25.01.2022 Selasa
Februari 25.02.2022 Jumaat Tahun Baru Cina 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
Mac 25.03.2022 Jumaat
April 25.04.2022 Isnin
Mei 25.05.2022 Rabu Hari Raya Puasa 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)
Jun 24.06.2022 Jumaat Hari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
Julai 25.07.2022 Isnin Hari Raya Haji 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
Ogos 25.08.2022 Khamis
September 23.09.2022 Jumaat
Oktober 18.10.2022 Selasa Hari Deepavali 24 Oktober 2022 (Isnin)
November 25.11.2022 Jumaat
Disember 19.12.2022 Isnin Hari Krismas 25 Disember 2022 (Ahad)

Baca juga : Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat

Penyata Gaji Bulanan Penjawat Awam

Untuk makluman pay-slip atau slip gaji penjawat awam boleh di dapatkan melalui https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

Penjawat awam juga adalah di ingatkan, bahawa Sistem ePenyata Gaji dan Laporan ini hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

  • 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
  • 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN

Bagi kemudahan anda, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan versi mobile  juga bolehdimuat turun di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”. Panduan Pengguna boleh didapati  di Halaman Utama ePayslip JANM mobile

Baca juga : Diskaun 30% Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2022

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan maklumat lanjut mengenai tarikh gaji penjawat awam 2022, anda boleh hubungi ;

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya.

  •   Tel:-  +603-8882 1000 /+603-8889 5821
  •   Email : – korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 4.00 petang
(Rehat : 1.00 tengah hari – 2.00 petang)
Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!