Keputusan PRU 15 SPR, Parlimen & DUN Pilihan Raya 2022

[RASMI] Keputusan PRU 15 SPR, Parlimen & Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya 2022

Pilihan Raya Umum KE-15 (PRU KE-15) dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) N.66 BUGAYA, SABAH adalah untuk memilih dan mengisi 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak. 

Pada masa yang sama, PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Untuk  PRU ke-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah,  Suruhanjaya Piliha Raya (SPR) telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:   

  • Tarikh Keluar Writ : 20 Oktober 2022 (Khamis)
  • Hari Penamaan Calon : 5 November 2022 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal : 15 November 2022 (Selasa)
  • Hari Mengundi : 19 November 2022 (Sabtu)

Baca juga : Senarai Menteri Besar,Ketua Menteri Negeri ,Premier Sarawak

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat).

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)

keputusan-pru-15_1

DPPR bagi PRU Ke-15 ini mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada ;

  • 20,905,366 orang pengundi biasa,
  • 146,737 orang tentera serta pasangan,
  • 118,794 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan
  • 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara

Keputusan Rasmi PRU 15 Parlimen & DUN Tahun 2022

keputusan rasmi pru 15


Statistik Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen

Parti Bertanding Jumlah Kerusi
Bertanding
Kerusi Menang

PH

220
82

BN

178
30

PN

171
73

PEJUANG

125

0

BEBAS

108
2

WARISAN

52

0

GPS

31
23

PRM

16

0

GRS

13
6

PSB

10

0

KDM

7
1

PBM

5
1

PBDS

3

0

PBRS

1

0

PPRS

1

0

PBK

1

0

PUR

1

0

PSM

1

0

SEDAR

1

0

KESELURUHAN
221 221

KERUSI PARLIMEN

Statistik Keputusan Rasmi Kerusi DUN

Kerusi Negeri PN PH BN DLL
Pahang (41) 17 8 16 0
Perak (59) 26 4 9 0
Perlis (15) 14 1 0 0
Sabah (1) 0 0 0 1
JUMLAH 57 33 0 0

KERUSI DUN

Penjumlahan Undi / Keputusan

Keputusan rasmi akan diterima diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos dan mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi bahagian pilihan raya masing-masing.

Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing akan menjumlah undi yang diterima. Setelah mendapat keputusan rasmi daripada semua bahagian pilihan raya di semua negeri, SPR disuatu tempat yang ditetapkan bagi tujuan mengumumkan keputusan pilihan raya seterusnya mengisytiharkan parti yang mendapat majoriti mudah/ dua pertigas untuk membentuk kerajaan

Ringkasan Keputusan PRU-15 2022

Hanya 1 kerusi parlimen yang masih belum terjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ini. Ianya adalah bagi Parlimen Padang Serai, Kedah, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini, iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai, dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk DUN Tioman.

Pilihan raya bagi parlimen ini akan diadakan pada Disember 2022.

Keputusan PRU-15 2022 menyaksikan tidak ada gabungan parti yang berjaya mencapai jumlah kerusi majoriti yang di perlukan untuk membentuk kerajaan.

Jumlah majoriti yang diperlukan iaitu 112 kerusi daripada jumlah keseluruhan kerusi parlimen iaitu 222.

Pakatan Harapan mendahului dengan 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (73) dan Barisan Nasional (30).Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 23 kerusi diikuti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memperoleh 6 kerusi dan Parti Warisan (3 kerusi).

Ini bermakna palimen bakal tergantung sehinggalah satu keputusan dicapai oleh mana-mana gabungan-gabungan parti yang menang untuk mencukupkan sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi menubuhkan sebuah kerajaan.

Gabungan atau kerjasama yang boleh di capai akan membentuk sama ada kerajaan campuran, kerajaan perpaduan atau pun kerajaan minoriti.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!