Bantuan Zakat UUM Tahun 2022 Untuk Pelajar Sarjana Muda & Pascasiswazah

Bantuan Zakat UUM 2022 Untuk Pelajar Sarjana Muda & Pascasiswazah~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk bantuan Zakat (Universiti Utara Malaysia) UUM Tahun 2022 kini dibuka untuk siswa dan siswi UUM termasuk pascasiswazah.

Memang tidak dinafikan beberapa tahun ini telah menduga segenap masyarakat dalam meneruskan kehidupan di tengah badai pandemik.

Ditambah pula dengan bencana banjir yang melanda pada Disember lepas, ia cukup memberi kesan kepada kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah para pelajar.

bantuan zakat uum 2022
Kredit Foto : ummahtoday.com

Dalam usaha meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi oleh para pelajar UUM, Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) sedang mengumpul maklumat pelajar bagi permohonan bantuan zakat atau asnaf UUM bagi sesi 1 tahun 2022.

Pelajar yang berkelayakan boleh mengisi borang permohonan yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UUM.

Kadar Bantuan Zakat UUM

Pemohon yang berkelayakan berpeluang untuk menerima bantuan seperti berikut :

Minimum RM 300/seorang, maksimum RM 390/seorang.

Syarat Kelayakan

Permohonan terbuka kepada para pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pelajar berdaftar dengan pihak Uum (Sarjana Muda dan Pascasiswazah)
  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Permohonan adalah SEKALI SAHAJA dalam tempoh SETAHUN/2 Semester
  • Pendapatan keluarga kurang daripada RM 4,000
  • Pelajar memegang status AKTIF ketika memohon
  • Pelajar termasuk dalam 8 golongan Asnaf (Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Al-Riqab, Al-Qharimin, Fisabilillah, Ibnu Sabil)

Cara Memohon Bantuan Zakat UUM 2022

Pelajar UUM yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang melalui pautan berikut :

Borang Permohonan Bantuan Zakat UUM 2022

Pelajar yang lulus permohonan akan menerima bantuan zakat melalui Akaun Pelajar atau KiplePay.

bantuan zakat uum 2022

Tempoh Permohonan

Permohonan bantuan zakat UUM dibuka sepanjang tempoh berikut iaitu :

5 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022

Para pelajar UUM perlulah lengkapkan permohonan bantuan sebelum tarikh tutupnya iaitu pada 31 Januari 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian 04-9284083 (En. Shahadat) atau 04-9284088 (En. Shahrul). Pelajar juga boleh hantarkan sebarang pertanyaan melalui e-mel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!