Bayaran bonus penjawat awam 2023 akan dikreditkan pada 17 Januari 2023 bersama-sama dengan gaji bulan Januari. Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023) ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada Disember 2022 yang lalu.
Dalam ucapan beliau, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350
Bantuan Khas Kewangan (BKK) ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada penjawat awamnya. Bantuan ini bertujuan untuk membantu perbelanjaan sara hidup, dan biasanya dibayar setiap tahun. Jumlah bantuan yang diterima ditentukan oleh tahap gred individu, dan mungkin juga berdasarkan faktor lain seperti bilangan tanggungan. BKK bertujuan membantu penjawat awam memenuhi keperluan asas mereka dan dianggap sebagai satu bentuk bantuan kebajikan. Bantuan kewangan ini tidak terhad kepada kumpulan penjawat awam tertentu tetapi ia terbuka kepada semua penjawat awam di Malaysia.
Bonus Penjawat Awam & Pesara Bajet 2023
Jumlah bonus penjawat awam dan pesara ialah ;
RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen
Melihat kepada pengumunan yang telah dibuat oleh perdana menteri pada pembentangan Mini Bajet 2023, boleh di katakan Dato Seri Anwar Ibrahim meneruskan perancangan seperti apa yang terdapat dalam Intipati Bajet 2023 untuk Penjawat Awam yang telah dibentangkan sebelum PRU-15 yang lalu oleh kerajaan yang sebelumnya.
Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023
Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Dato Sri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia, yang juga Menteri Kewangan Malaysia pada disember yang lalu. Tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023) ialah pada 17 Januari 2023 bersama-sama dengan bayaran gaji bulan januari penjawat awam seperti dalam jadual gaji 2023.
Pekeliling Bonus Penjawat Awam 2023
Untuk rujukan anda boleh rujuk Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan https://tinyurl.com/yc8jbsnj
Senarai LAYAK Menerima Bonus Penjawat Awam / Pesaraan
Bil
Senarai LAYAK Menerima Bayaran Bonus Penjawat Awam /Pencen
1
Pegawai perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 januari 2023 ;
a. pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service (COS)
b. pegawai yang bercuti bergaji penuh
c. pegawai yang bercuti separuh gaji
d. pegawai yang bercuti tanpa gaji dan
e. pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang di asingkan pengurusan saraanya.BKK tahun 2023 ini akan dibyar oleh egensi yang menerima peminjaman pegawai
2
BKK turut di bayar kepada ;
a. Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut;
b. Guru interim;
c. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
d. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman
3
Pesara kerajaan yang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara skim kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 17 janauri 2023 akan dibyar sebanyak RM350 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
4
Pesara (rujuk para 3.3) dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak di bayar sebanyak RM700. Walau bagaimanapun, pembayaran sebanyak RM350 akan dibuat oleh JPA/JHEV dan bakinya sebanyak RM350 akan di bayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat
5
Pegawai perkhidmatan AWAM persekutuan yang meninggal dunia pada 17 januari 2023 layak diberi BKK tahun 2023 sebanyak RM700
Senarai TIDAK LAYAK Bonus Penjawat Awam / Pesaraan
Bil
Senarai Tidak LAYAK Menerima Bayaran Bonus Penjawat Awam /Pencen
1
Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke gred jawatan utama/gred khas ;
a. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 januari 2023 hingga 17 januari 2023
b. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 janauri 2023 hingga 17 januari 2023
c. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 januari 2023 hingga 17 januari 2023 dan
d. Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanaun yang diasingkan saran
2
Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian BKK tahun 2023 ini. Pegawai hanya layak dibayar BKK tahun 2023 setelah dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT yang berkenaan dan
3
BKK tahun 2023 ini akan dibayar pada 17 Januari 2023 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bonus penjawat awam 2023 /persaraan anda boleh hantar pertanyaan kepada
Sekiranya Perdana Menteri meneruskan belanjawan bajet 2023 untuk kakitangana awam seperti yang telah dibentangkan sebelum PRU-15, berkemungkinan besar Penjawat awam bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM600 dan dibayar pada Mac 2023 bersama kenaikan gaji RM100.
Walaugaimanapun keputusan pemberian ini hanya dapat di pastikan selepas pembentangan semula bajet 2023 oleh Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim yang di jangka akan dibuat pada Febuari ini