Rumah Transit Bangsa Johor : Syarat-Syarat & Cara Memohon

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor kini memperkenalkan satu program iaitu Rumah Transit Bangsa Johor. Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menyewa dan pada masa yang sama menabung untuk pembelian rumah pada masa akan datang.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini.

Baca Juga : Program RMR : Rumah Mesra Rakyat SPNB

Bertumpu di kawasan bandar utama, Program Rumah Transit Bangsa Johor ini memerlukan penyewa untuk membayar sebanyak RM 650 sebulan bagi tempoh sewaan selama lima tahun.

Untuk makluman RM 455 daripada jumlah tersebut akan digunakan untuk bayaran sewa, manakala RM 195 lagi adalah bagi tabungan.

Dalam tempoh lima tahun, penyewa akan mempunyai tabungan sebanyak RM 11,000. Wang tersebut boleh digunakan untuk membayar deposit bagi rumah seterusnya.

Penyewa juga akan diberikan notis selama enam bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.  

Difahamkan terdapat 92 unit Rumah Transit Bangsa Johor dan 500 unit akan dibina lagi masa akan datang.

Ciri-Ciri Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ)

Berikut adalah merupakan ciri-ciri bagi RTBJ iaitu:

  • Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi;
  • 2 atau 3 bilik tidur;
  • 2 bilik air;
  • Ruang tamu; dan;
  • Ruang dapur.
  • Dilengkapi dengan kipas dan lampu

Kemudahan

Antara kemudahan yang ditawarkan di sekitar Rumah Transit Bangsa Johor adalah :

  • Dewan serbaguna
  • Ruang taska
  • Kedai / gerai
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kereta
  • Tempat letak motosikal
  • Pagar kawasan
  • Kawalan keselamatan
  • Surau
  • Lif
  • Landskap

Lokasi Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ)

Berikut adalah merupakan lokasi RTBJ yang tersedia pada masa kini iaitu:

DAERAHLOKAI RTBJ
Johor BharuPPR TebrauPPR Sri StulangPPR Pasir PelangiPPR TampoiPPR PlentongPPR Sungai Melana
Batu PahatPPR Yong Peng
SegamatPPR Batu Anam

NOTA: Lokasi RTBJ akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Syarat-Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon dan menetap melebihi 10 tahun di negeri Johor.
  • Berusia 18 hingga 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
  • Pendapatan seisi keluarga dalam lingkungan antara RM 3,000.00 sehingga RM 6,000.00 sebulan.
  • Pemohon atau suami/isteri tinggal atau bekerja di Johor.
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di negeri Johor; dan
  • Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor.
Rumah Transit Bangsa Johor

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah :

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.

2. Salinan Kad Orang Kelainan Upaya bagi pemohon OKU (dokumen tambahan/sekiranya berkaitan).

3. Salinan sijil kelahiran pemohon dan pasangan.

4. Salinan sijil Nikah/Pendaftaran/ Perkahwinan/Perceraian/Kematian;

5. Pengesahan Pendapatan :

  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (Pemohon dan pasangan);
  • Surat pengesahan majikan dan penyata KWSP (Pemohon dan pasangan); atau
  • Akuan sumpah pendapatan terkini dengan perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah (Pemohon dan pasangan yang bekerja sendiri)
  • Bukti tempoh menetap melebihi 10 tahun di negeri Johor bagi pemohon bukan kelahiran negeri Johor (sijil kelahiran anak/surat pengesahan sekolah anak/passport).

Cara Mohon Rumah Transit Bangsa Johor

Pemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi  Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)  di pautan berikut: https://pkpj.johor.gov.my/ 
  2. Klik ‘Daftar akaun sekarang’.
  3. Pilih & klik ‘Individu’.
  4. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan. 
  5. Klik ‘log masuk’.
  6. Klik ‘Rumah Transit Bangsa Johor’
  7. Klik ‘Permohonan Baru’
  8. Isikan maklumat yang diperlukan. (Pilih nama projek yang hendak di pohon pada bahagian projek)
  9. Muat naik dokumen yang diperlukan. 
  10. Klik ‘Hantar’.
  11. Tandakan kotak kecil sebagai persetujuan terma & syarat dan klik butang ‘Ya’.
  12. Selesai. Permohonan anda berjaya dihantar. 

Anda juga boleh rujuk video di bawah untuk panduan memohon :

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Rumah Transit Bangsa Johor, anda sila layari portal rasmi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!